https://critoxium.com/shop/

Terkini

RM1.4 juta kepada Sarawak Report datang dari akaun bank sah

WANG yang digunakan membayar Sarawak Report untuk caj perundangan sebagai penyelesaian di luar mahkamah dalam kes membabitkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang datang dari akaun milik Rameli Musa, dakwa bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Rafizi menjawab berkenaan dakwaan PAS bahawa RM1.4 juta dibayar kepada editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown datang dari akaun palsu.

Ahli politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, dia menganalisis nombor pada cek dikeluarkan oleh Bank Islam Malaysia Bhd dan gambar yang digunakan untuk membayar RM1.4 juta kepada akaun peguam Rewcastle-Brown.

Rafizi berkata beliau memindahkan wang ke nombor akaun yang tertera dan mendapati akaun itu sah.
“Saya memindahkan RM10 ke nombor Bank Islam yang dinyatakan dalam perjanjian penyelesaian Clare Rewcastle-Brown dan Abdul Hadi.

“Pemindahan itu berjaya. Ini membuktikan akaun yang tercatat dalam perjanjian itu wujud, begitu juga dengan RM1.4 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu memberi maklum balas terhadap kenyataan ahli PAS yang mengatakan beliau cuba menyebarkan kebohongan bahawa Hadi membayar Rewcastle RM1.4 juta bagi menarik semula saman fitnah terhadapnya.

Rafizi berkata, beliau sudah mengesahkan nombor akaun berkenaan dengan membandingkannya dengan tiga cek berbeza dari Bank Islam.

1 ulasan:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.