Umno belum ditalkinkan
Selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 lalu, Dr
Mahathir Mohamad dengan angkuhnya menyatakan Umno sudah mati dan
ditalkinkan.
Bertambah angkuh lagi apabila beliau menyifatkan Umno sebagai parti yang hanya tinggal nama, dek kononnya ramai ahli Umno sebelum ini menyuarakan hasrat menyertai PH.
Malah, kata-kata bahawa Umno sudah mati turut berulang kali dimomokkan pada hari berkempen pilihan raya kecil Semenyih baru-baru ini.
Namun, apa yang boleh dilihat, kata-kata ini hanyalah cubaan menanam persepsi benci dan buruk terhadap Umno dan Barisan Nasional.
Kekalahan BN pada PRU14 tidak memberi apa-apa isyarat Umno sudah
berakhir ataupun mati. Jadi, kenapa Mahathir berkata demikian kalau
bukan untuk menanam persepsi benci?
Perkara ini turut disokong Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan yang berkata Umno tidak mungkin dapat ditalkinkan hanya kerana kalah dalam PRU14.
Hari ini, nampaknya kata-kata Mohamad itu benar belaka. Ini jelas dibuktikan dengan kemenangan calon BN dalam PRK Cameron Highlands dan Semenyih baru-baru ini.
Kemenangan ini sekali gus membuktikan rakyat masih sayangkan Umno dan BN. Malah, mereka juga masih mahukan parti ini terus berjuang membela nasib mereka yang semakin hari semakin tertekan dengan struktur pentadbiran kerajaan PH.
Malah, kesempatan ini juga baik digunakan Umno untuk berterima kasih kepada PAS kerana memberi kerjasama erat dalam PRK baru-baru ini. Jadi, kerjasama Umno dan PAS perlu dikekalkan untuk orang Melayu dan Islam.
Penyatuan Umno dan PAS ternyata menguatkan lagi dakwaan rakyat benar-benar tidak berpuas hati dengan prestasi PH sebagai kerajaan. Malah, ia turut menghantar mesej kepada kerajaan PH bahawa rakyat sudah muak dengan permainan persepsi mereka seperti dalam PRU14.
Jadi, bertitik tolakan perkara ini, Umno dan BN perlu terus fokus dan mengekalkan momentum pada PRK Rantau tidak lama lagi. Malah, ia perlu terus memperjuangkan martabat rakyat, terutamanya orang Melayu.
Pada masa sama, Umno dan BN juga jangan sesekali berhenti memperbaiki segala kesilapan dan kekurangan yang pernah dilakukan sebelum ini agar ia terus kekal relevan.
Mereka perlu ingat, perkara yang sedang berlaku bukan sahaja ujian kepada kerajaan PH, tetapi juga Umno dan BN, sama ada untuk merebut peluang ini bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap mereka atau menyia-nyiakannya.
Jadi, jangan kerana memenangi 2 PRK, Umno kembali selesa dengan apa yang ada. Jangan sia-siakan peluang yang terhidang di depan mata untuk meraih sokongan rakyat terhadap Umno dan BN demi bangsa, agama dan negara.
Dhia Hani ialah penyelidik Persatuan Pemikir Muda Johor.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.