Daim salah, Melayu masih rasional
“For Malaysia to succeed, the Malays must succeed”. Frasa ini telah
dituturkan oleh Tun Daim Zainuddin dalam Seminar Naratif Malaysia:
Melayu dalam Persoalan Nasional beberapa minggu lalu.
Ironinya, tindakan dan pendirian kerajaan semasa tidak pun menggambarkan semangat kenyataan tersebut. Bahawa, untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berjaya, orang Melayu mesti perlu dibantu untuk turut berjaya dalam pelbagai bidang.
Kejayaan
bangsa adalah perkara yang bukan sahaja memerlukan kerja keras dan
pemikiran yang betul. Tetapi, memerlukan dasar, hala tuju serta lonjakan
dari pelbagai arah. Bukan sekadar tekanan, sindiran serta kecaman yang
bertali arus.
Orang Melayu emosi dan tidak rasional?
Menurut
Daim, orang Melayu telah kehilangan keyakinan diri dan menjadi terlalu
tidak keruan untuk terus hidup di dalam Malaysia yang serba moden.
Beliau membeza-bezakan semangat dan keberanian orang Melayu dahulu melawan Malayan Union kepada orang Melayu sekarang.
Katanya, kita pernah melawan anasir kolonial, komunis dan subversif tanpa sebarang pertumpahan darah, tetapi secara strategik dan tersusun. Namun sekarang, orang Melayu telah meninggalkan logik serta fakta lalu termakan dengan retorik perkauman dan agama bawaan ahli-ahli politik.
Menurutnya lagi, orang Melayu sekarang telah memilih untuk beremosi daripada bersikap rasional.
Pandangan Daim ini salah. Apa asas pengamatan tersebut saya tidak pasti. Yang pasti, sekalipun zaman bertukar, cabaran semasa dan masa depan sudah berubah, orang Melayu kekal rasional dan tidak beremosi.
Lihat sahaja bagaimana Umno sebagai parti dominan orang Melayu, menerima kekalahannya dengan tenang dan menghormati kehendak demokrasi. Peralihan kuasa berlaku dengan sangat aman dan teratur.
Bila Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa orang Melayu berada dalam kedudukan yang merosot, orang Melayu tidak beremosi. Malah orang Melayu mengakui bahawa kedudukan bangsanya sekarang ini merosot dan berada dalam ‘the state of decline’.
Kemudian apabila Dr Mahathir tuduh orang Melayu malas, hanya mengharapkan bantuan, tidak pandai menguruskan kewangan, boros dan macam-macam lagi cercaan, orang Melayu tidak beremosi dan melatah untuk membalas segala cercaan sedemikian.
Kerana, pada orang Melayu, tidak perlu kita menjerit kita ini tidak malas, tidak mudah lupa dan tidak rasional.
Sikap dan peradaban orang Melayu terlalu jauh dan besar untuk dibuktikan dengan sekadar menempelak pemimpin Melayu yang lancang melabel bangsa sendiri.
Lihat sahajalah di sekeliling kita. Mustahil orang Melayu memilih untuk mengharungi segala kepayahan, berulang-alik ke Singapura setiap hari demi sesuap nasi.
Mustahil ramai sekali mereka di kampung yang sudah memulakan hari sesudah subuh menghempas tulang empat kerat di ladang mahupun di laut, demi sesuap nasi.
Jarak perpisahan bandar dan luar bandar, sikap dan sistem nilai bukanlah satunya-satunya punca kemunduran bangsa kita.
Tetapi, penyalahgunaan Dasar Ekonomi Baru serta pengagihan peluang dan kekayaan tidak adil yang wujud sejak dahulu lagi, adalah puncanya.
Ternyata yang demikian turut banyak berlaku di bawah pentadbiran Daim dan Dr Mahathir sendiri.
Golongan elitis Melayu seperti Daim dan sahabat-sahabatnya adalah antara mereka yang rakus mencengkam dan mengamalkan polisi neo-liberal dan hanya mementingkan keuntungan serta segala kayu ukur kuantitatif dalam melihat pencapaian.
Jadi, mana boleh bangsa kita secara pukal pula yang disalahkan?
Melayu Pasca PRU 14
Seluruh struktur politik dan kesedaran orang Melayu, sebelum dan selepas Pilihan Raya ke- 14 (PRU14) seakan telah diracik-racik oleh sang politikus.
Daripada skandal 1MDB ke Tabung Haji, sehinggalah kepada isu tadbir urus konglomerat terbesar negara Felda dan Felda Global Ventures (FGV).
Segalanya pada Daim dan Dr Mahathir, adalah sangat teruk dan rosak sehingga tiada langsung sekelumit kebaikan dari pentadbiran terdahulu.
Tanpa sedar, mereka menyalahkan kepimpinan Umno selama 60 tahun sebelum ini, sedangkan mereka sendiri turut berada dan memimpin Umno sepanjang 60 tahun tersebut.
Orang Melayu mendengar segala cemuhan terhadap kepimpinan Melayu sebelum itu dengan tenang, tanpa beremosi.
Pasca PRU14, tiada parti politik dominan yang mewakili bangsa Melayu dalam kerajaan Pakatan Harapan. Orang Melayu dibiarkan melopong tatkala wacana-wacana di media arus perdana dan alternatif membawakan naratif yang asing buat mereka.
Keterbukaan yang melampau dan suara-suara yang mencabar hak Melayu dan kesucian agama Islam menjadi perkara lazim. Namun, sekali lagi, orang Melayu tidak beremosi. Mereka tetap tenang dan berakhlak dalam mengemudi politik era Pakatan Harapan.
Kalau pun wujud sense of insecurity orang Melayu yang semakin bergolak, ia berpunca daripada rasa tidak selesa dengan kemunculan model politik yang secara sistematik, membenarkan identiti serta sistem nilai bangsanya diperkotak-katikkan oleh mereka yang memegang kuasa politik.
Ini yang mengundang rasa tidak selesa dan rasa marah orang Melayu, sama ada yang konservatif mahupun yang progresif.
Kajian Ilham Centre bersama Penang Institute akhir tahun lepas menunjukkan bahawa 60 peratus orang Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pada hari ini.
Manakala 54 peratus berpendapat bahawa kerajaan sekarang telah mengabaikan hak-hak orang Melayu, selain 62.9 peratus yakin bahawa kerajaan persekutuan kini sedang dikawal oleh orang bukan Islam dan 62 peratus pula percaya bahawa DAP adalah parti yang dominan di dalam Pakatan Harapan.
Amat malang jika ahli politik Melayu seperti Tun Daim berpendapat bahawa hak istimewa Bumiputera dan Islam sebagai agama Persekutuan telah termaktub dalam kerangka legalistik Perlembagaan Persekutuan, lalu tidak ada apa yang harus dibimbangkan.
Daim lupa bahawa yang tidak dicatat dan tidak ditulis di dalam dokumen itu juga memainkan peranan yang sama malah lebih penting, dalam memberi makna kepada ‘Melayu’ dan ‘Islam’ di Malaysia.
Institusi Melayu, kesedaran dan ideologi orang Melayu serta yang lebih penting lagi identiti dan agamanya, tidak diabsahkan dan dihadkan kepada peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Apatah lagi jika perkara-perkara ini pun telah mula diganggu- gugat dan tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya.
Dalam menjawab pertanyaan Daim tentang mengapa orang Melayu dahulu boleh membina negara tanpa melaungkan retorik bangsa dan agama. Jawapannya mudah.
Ini kerana, di bawah pakatan politik Barisan Nasional (BN), United Malays National Organisation (Umno) telah mendahului dan memayungi dengan sedaya adil sebuah formula politik di dalam negara demokrasi yang multibudaya. Formula politik ini telah menghormati norma budaya dan sosial negara.
Kini, keadaannya berbeza. Negara tidak lagi ditadbir dengan model politik yang lazim kepada bangsa Melayu tetapi berpandukan satu model kepimpinan politik yang amat asing bagi orang Melayu.
Sehinggakan, untuk seorang Melayu bercakap tentang survival bangsa dan agamanya, dia akan dilabel sebagai ekstremis dan tidak toleran. Dia akan diperlekehkan, seperti yang dilakukan oleh Daim sendiri, dengan seribu satu hujah seperti tongkat dan kisah-kisah falasi lain.
Sekarang, jika seorang Melayu mengajak bangsanya sendiri untuk bersatu demi kebaikan mereka, dia akan dilabel sebagai tidak sensitif dan berniat jahat. Malah sebagai menyerupai pertubuhan pengganas.
Adalah amat janggal untuk perihal Melayu dan kemelayuan, Islam dan Keislaman diwacanakan pada era Malaysia Baharu ini. Yang demikian itulah yang amat menyedihkan kita.
Lihat sahaja kelancangan mulut pemimpin DAP yang mengeluarkan kenyataan demi kenyataan menzahirkan sentimen berbaur Islamofobik tentang kerjasama politik PAS dan Umno.
Kononnya penyatuan orang Melayu adalah ‘deklarasi perang’, tindakan yang akan melahirkan Taliban dan pelbagai lagi tohmahan pedih dan sangat menghina. Semua ini amat menyinggung bangsa Melayu.
Tetapi, biarpun semua ini sangat biadap dan jahat, tidak ada Melayu ke jalanan dan melakukan tunjuk rasa walaupun emosi mereka.
Bukankah semua ini adalah tamsilan kematangan orang Melayu? Malah, ia adalah bukti kejahilan ahli politik DAP, mengenai politik dan pemikiran orang Melayu
Masa Depan Melayu Progresif dan Malaysia
Kepimpinan politik Melayu Muslim adalah satu amanah dan tanggungjawab. Bukan sekadar satu legasi perjuangan. Agenda Melayu dan Bumiputera, tolerasi Melayu dan kedudukan Islam, survival dan daya saing luar bandar.
Semua ini adalah perkara kritikal yang memerlukan naratif dan anjakan baharu dalam konteks moden dan semasa.
Kerana itu beberapa pimpinan Melayu mengusahakan kerjasama politik Umno dan PAS demi watan. Ia bukan dilakukan semata-mata rasa tidak selesa bangsa Melayu dengan kemunculan model politik baru.
Tetapi juga sebagai jalan demokratik bagi pemerkasaan aspek-aspek penting sesebuah bangsa tanpa melupakan kemajmukan Malaysia yang pelbagai.
Beringatlah Daim. Segala keresahan dan sense of insecurity orang Melayu adalah berasas. Bukan sesuatu yang sengaja kita lahirkan secara dibuat-buat. Begitu juga resahnya PPBM apabila menjadi entiti terkecil dalam Pakatan Harapan.
Kerana gusar ditendang keluar apabila percaturan kuasa berubah kelak, parti ini menggadai seluruh pekik dan sorak jalanan sebelum ini dengan mengutip bekas-bekas pemimpin dari parti yang disumpah sebagai sudah rosak dan mati.
Besarkah nilai dan harga diri dalam tindakan sebegini? Apakah ini bukan satu dakapan amalan politik murahan yang dibuat demi kelangsungan kuasa?
Setidak-tidaknya, biarpun telah jatuh, biarpun dihina pemimpin dari kaum sendiri dan bangsa lain, biarpun dituduh dengan bermacam-macam kata nista, Umno, PAS dan orang Melayu rata-ratanya tidak menggadai prinsip dan pegangan budaya bangsanya.
Melayu tetap Melayu. Tidak perlu malu mengaku bahawa kita pernah tersilap, tidak malu untuk terus memperjuangkan hidup dengan dipimpin oleh Islam.
Ya, kita mungkin telah mengundi keluar sebuah kerajaan kleptokrasi. Kami sendiri berterima kasih atas sumbangan ini.
Tetapi apabila semuanya digantikan dengan sebuah pentadbiran kakistokrasi, ketahuilah bahawa Malaysia sedang terperangkap dalam era ketidaktentuan dan kebejatan ketumbuhan yang merisaukan.
Lebih-lebih lagi dengan formula politik yang porous, yang tidak akan menjamin kestabilan. Apabila semua ini berlaku, apakah ini sebenarnya Malaysia Baharu yang mesti kita terus laung dan pertahankan? Daim jawablah sendiri.
* Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin adalah naib presiden Umno

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.