https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mahu duka penduduk Bentong tiada ECRL diubati.

KUALA LUMPUR, 16 April — Wakil rakyat DAP berharap sebahagian penjimatan RM21.5 bilion kos Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) digunakan untuk pembangunan daerah tersebut.

Terkeluar dari laluan berikutan penjajaran semula, Young Syefura Othman mahu perkara berkenaan “tidak berakhir tanpa galang-ganti” berikutan kedudukan kawasan tersebut strategik.

“Saya mendesak bahawa penjimatan berpuluh billion daripada penjajaran semula laluan ECRL daripada Bentong digunakan untuk projek-projek pembangunan infrastruktur lain di kawasan Bentong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penduduk Bentong “mendambakan pembangunan dan kemajuan ekonomi” apatah lagi lokasinya dekat dengan ibu kota dan menjadi pintu masuk kepada negeri Pantai Timur.

“Ubatilah kedukaan kami seluruh warga Bentong dengan memberi peluang pembangunan dan kemajuan ekonomi yang sewajarnya kepada Bentong,” kata wakil rakyat Ketari.

Dikenali sebagai Rara, setiausaha publisiti DAP Pahang turut menggariskan empat tuntutan demi kepentingan penduduk Bentong iaitu:

—  Membina stesen ECRL di Pelangai, salah satu Dewan Undangan Negeri (DUN) bawah Parlimen Bentong.
—  Menghapuskan tol Lebuh raya Karak, salah satu janji Pakatan Harapan di Bentong pada pilihan raya umum ke-14
—  Menambah baik dan melebar laluan jalan raya Lebu-Mempaga-Sertik
—  Menyegerakan projek laluan “bypass” Central Spine Road (CSR) di Bentong yang dimulakan bertahun lalu tetapi belum siap dan mengalami kelewatan.

Kos asal projek ECRL sepanjang 688 kilometer (km) adalah RM65.5 bilion sebelum ia berkurangan kepada RM44 bilion berikutan melakukan penjajaran semula kepada hanya 648km.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.