RM9 juta kos naik taraf Pasar Taiping
TAIPING: Pasar Taiping yang juga premis pasar tertua di Malaysia yang
dibina sekitar tahun 1880-an, akan dinaik taraf dengan peruntukan RM9
juta.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata kementeriannya bersetuju meluluskan peruntukan bagi menaik taraf dua bangunan Pasar Taiping iaitu pasar basah dan pasar kering bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung di bandar berkenaan.
Menurutnya, proses menaik taraf pasar yang mempunyai 212 lot perniagaan dengan keluasan 0.4 hektar itu akan bermula tahun hadapan dan dilakukan secara berperingkat dengan jangkaan siap dalam tempoh dua atau tiga tahun.
“Pasar ini akan dinaik taraf dan dimodenkan dengan kemudahan yang lebih selesa untuk peniaga dan pengunjung, namun reka bentuk warisan membabitkan struktur kayu akan dikekalkan bagi memberi lebih nilai sejarah selain menarik kunjungan awam dan pelancong.
“Untuk permulaan, sebanyak RM1 juta diluluskan bagi reka bentuk bangunan pasar dengan matlamat mengekalkan struktur warisannya,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja meninjau pasar berkenaan di sini, hari ini.
Zuraida berkata, kadar sewa bagi lot perniagaan di pasar berkenaan ialah RM80 sebulan dan tinjauan mendapati peniaga bersetuju jika kadar itu dinaikkan selepas pasar berkenaan selesai dinaik taraf nanti.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan meneliti laporan yang akan diberikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhubung 97 jentera bomba bernilai RM165 juta yang ‘tersadai’ seperti dilaporkan di muka depan Harian Metro semalam.
Beliau berkata, kementerian itu akan meneliti masalah sebenar yang berlaku dan akan berusaha memperbaiki jentera berkenaan secepat mungkin sekiranya diperlukan kerana kenderaan terbabit adalah peralatan penting kepada pasukan berkenaan dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai.
Pada masa sama, katanya, pihaknya akan turut meneliti semula laporan berkaitan termasuk sama ada ia membabitkan isu lain seperti kemungkinan pembabitan tokoh politik, salah guna kuasa dan sebagainya.
“Jika benar perkara ini berlaku (salah guna kuasa dan pembabitan ahli politik) serta kegagalan vendor atau pembekal membekalkan alat ganti kepada jentera yang rosak, pihak kerajaan akan membuat laporan kepada pihak berkaitan untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Zuraidah berkata, selepas laporan mengenai masalah jentera itu didedahkan, pihaknya turut menerima aduan di tempat lain berkaitan jentera JBPM yang kurang baik dan bermasalah yang perlu diberikan perhatian.
Beliau berkata, JBPM juga sudah membentangkan permintaan untuk belanjawan tahun hadapan berkaitan pasukan itu dan pihaknya sudah meneliti dan meluluskannya.-B/Harian

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.