https://critoxium.com/shop/

Terkini

Zuraida pelawa 2 MP bebas dari Sarawak sertai PBM


Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengalu-alukan penyertaan dua ahli parlimen bebas dari Sarawak sekiranya mereka berminat menyertai parti berkenaan, kata presiden penggantinya, Zuraida Kamaruddin.

Kedua-dua mereka ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat dan Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang.

"Saya mengalu-alukan mereka jika mereka mahu menyertai saya. Saya menghargai mereka datang untuk mengukuhkan blok saya.

"Mereka amat dialu-alukan untuk menyertai parti saya - lebih ramai lebih meriah (dan) mereka akan gembira," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu, Sabah semalam, menurut laporan The Star.

Masir meninggalkan Parti Rakyat Sarawak untuk menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada Mac 2019.

PSB meletakkan Masir sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin semasa pilihan raya Sarawak 2021 namun gagal memenangi kerusi berkenaan.

Jugah memenangi kerusi parlimen Lubok Antu pada 2018 sebagai calon bebas. Dia menyertai PKR tidak lama kemudian dan keluar daripada parti itu pada Jun 2020 untuk menyokong Perikatan Nasional sebagai calon bebas.

Sementara itu, Zuraida berkata PBM telah menubuhkan bahagian di kesemua 26 kawasan Parlimen (termasuk Labuan) dan mereka diketuai oleh pengerusi negeri, Rahimah Majid.

"Parti ini ditubuhkan oleh akar umbi, dari bawah ke atas (dan bukan sebaliknya)," katanya.

Zuraida dan Rahimah adalah merupakan bekas ahli PKR.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.