Menurut jurucakapnya, kea­daan kem yang terletak di kawasan sempadan itu tidak seperti yang dijangkakan sebelum cadangan berkenaan dibuat.
Jurucakap berkenaan yang terlibat dalam misi pasukan pencari fakta ke kawasan pelarian mendapati sukar untuk menempatkan hospital di kawasan berkenaan kerana melibatkan kos yang terlalu besar.

IRCS sebelum ini merancang untuk membina hospital yang mempunyai 32 katil.

“Sekiranya projek berkenaan mahu direalisasikan, kami memerlukan sumbangan kewangan yang besar. Untuk itu kami mengharapkan agar ada pihak termasuk di peringkat antarabangsa bersedia bekerjasama untuk menghulurkan bantuan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Pame­ran Media Ke-23 di sini hari ini.

Pameran tersebut yang berlangsung selama tujuh hari di sini dirasmikan Sabtu lalu dan disertai lebih 600 perwakilan media seluruh dunia.

IRCS merupakan antara pihak yang turut menyertai pameran berkenaan bertujuan menyebar luas peranannya menerusi penggunaan media sosial.

Jurucakap itu memberitahu, ketiadaan kawasan tanah rata dan hujan yang tidak berhenti menjadikan cadangan pembinaan hospital tersebut tidak dapat direalisasikan.

Kerajaan Iran sebelum ini menu­buhkan pusat bantuan di kawasan pelarian dekat Cox’s Bazar berdekatan sempadan Bangladesh dengan Myanmar.

Selain itu, tiga bantuan kemanusiaan telah dihantar kepada pelarian Islam Rohingya di Bangladesh termasuk bekalan makanan.
https://susukunyitplus.blogspot.my/