Aku setuju 200% kata Wardina, "Dr.Maszlee Malik ini baik orangnya"....
Demi Allah. Inilah pertama kali dalam hidup aku menangisi perletakan jawatan seorang menteri di Malaysia
Ketat dada, sebak, dan akhirnya melimpah air mata.
Kalian boleh tafsirkan apa sahaja dengan ayat aku ini.
Yang baru bersahabat semalam,
boleh sahaja undurkan diri dan pergi.
.
Sungguh aku tidak pernah memandang beliau sebagai seorang ahli politik.
Dari awal lagi.
Parti beliau pun tidak pernah aku peduli dan undi.
Resmi berguru, semakin dihimpun ilmu, semakin tawaduk dan tunduk malu.
Malu diri kerna terlalu cetek ilmu.
Kami guru. Kami tahu betapa perlunya penghargaan kami terhadap ilmu dan tok guru.
.
Beliau murabbi kami di UIA.
Masih terngiang-ngiang lagi kupasan beliau dalam ilmu fiqh dan usul fiqh.
Sebak jiwa, ketat di dada menahan perasaan setiap kali beliau dikecam dari segenap sudut.
Kau akan tahu, bagaimana perasaan guru yang kita sayang, dicemuh-cemuh.
Kau akan lebih tahu,
apabila kau juga seorang guru.
.
Sejujurnya aku pernah 3 kali mahu menulis tentang guru kami ini.
Tulisan pertama, panjang berjela-jela.
Namun aku padam sebahagian dan tinggalkan sebahagian sahaja setelah membaca tulisan Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang beliau kerana pada aku ia telah cukup indah menceritakan tentangnya dengan bermakna.
Lama kelamaan, makin ringkas dan ringkas, kemudian akhirnya aku padamkan niat memaparkan tulisan kepada semua.
Delete semua.
Kerana apa?
Kerana aku mula tersenyum melihat sahabat-sahabat guru mula menghargainya. Meskipun dikecam, diasak saban hari, kebaikan beliau mereka rasa.
Itu cukup buat aku gembira.
Orang lain tak nampak tak apa.
Asalkan guru-guru di bawahnya rasa.
.
Aku tahu, jikalau sebelum ini aku memilih untuk memaparkan tulisan puji dan puja, nasib aku tak ubah seperti Wardina yang akan jadi bahan troll merata.
Bukan kerana aku takut.
Keji dan hina, herdik maki dan nista, itu makanan ruji penulis biasa.
Tetapi tentulah tidak cerdik, bersuara ketika kita tahu suara itu natijahnya nanti jadi bahan sia-sia.
.
Hari ini aku menangis.
Petang ini aku menangis.
Biarlah apa orang nak kata,
Aku setuju 200% kata Wardina,
"Dr.Maszlee Malik ini baik orangnya"
.
Jalan cerita hidupnya selaku murabbi, boss besar kami dan jiwa manusiawinya memang buat aku sebak.
Tetapi jika ada yang mahu bercerita tentang lembar politik dan sepak terajangnya, aku hanya mampu berdoa
Semoga Allah letakkan beliau pada posisi yang lebih baik. Dan jika undurnya beliau kerana khianat dan tangan jahat manusia durjana,
kepada Allah ku bermohon,
binasakanlah kejahatan sebelum sempat menjengah tubuhnya.
#khairulkamilin
Macai Dr.Maszlee.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.