https://critoxium.com/shop/

Terkini

‘Mansuhkan’ terus 70 menteri tak guna, rakyat Malaysia berang minyak sawit tiada subsidi


Rakyat Malaysia sejak semalam dilihat berang dengan pengumuman kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak sawit tulen bagi pek kemasan botol untuk dua, tiga dan lima kilogram mulai 1 Julai ini.

Reaksi tidak puas hati dan marah orang ramai ekoran jualan minyak kategori terbabit akan dijual mengikut harga pasaran dilihat membanjiri media sosial pelbagai platform.

“Menteri ramai-ramai dalam Kabinet takda sekor pun yang berguna. Main politik memang handal tapi bab urus negara otak takda. Tak sudah-sudah menyusahkn hidup rakyat,” kecam Rashid Yusof.

Sehubungan itu, orang ramai mendesak agar Jemaah Kabinet yang bersaiz XXXL di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu segera bertanggungjawab.

“70 menteri kerajaan Melayu Isley tak guna… harap semua menteri dimansuhkan bermula 1 Julai..haha,” tegas Munzir Mahassan.

Tuntutan sama dibangkitkan Shar Aziz, “Kami (Rakyat) tidak perlukan menteri-menteri yang ada dalam Parlimen. Sila mansuhkan semua menteri yang ada sekarang.”

Desakan orang ramai juga termasuklah ‘subsidi’ yang dinikmati menteri-menteri yang juga adalah ahli parlimen iaitu pelbagai jenis elaun mencecah puluhan ribu ringgit sebulan turut perlu sangat sama dipotong.

“Sepatutnya hak subsidi menteri-menteri pun dimansuhkan,” tegas AR Abd Rahman manakala seorang lagi warganet menulis, “Tutup kementerian, buang menteri kalau mesyuarat selalu takda hasil kawal harga.”

Menurut Faisal Mahmood pula, menteri-menteri dalam kerajaan bukannya peduli pada rakyat yang majoritinya daripada kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan 40 peratus sederhana (M40).

“Apa salah kurangkan gaji menteri-menteri demi rakyat. Gaji menteri ada sampai RM100,000 sebulan.

“Buat apa gaji banyak-banyak bukan buat kerja sangat pun. Orang duit banyak dia tak terasa, macam mana dengan rakyat yang betul-betul susah sampai kena catu makan?” keluh Faisal lagi.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.