Jangan sokong ahli politik yang main agenda perkauman
RAKYAT Malaysia terutama masyarakat Melayu tidak boleh membenarkan
ahli politik memanipulasi mereka dengan menggunakan agenda perkauman,
kata Daim Zainuddin dalam temu bual bersama The Star.
Beliau berkata, politik kini dilihat semakin memecahbelahkan kaum apabila ahli politik menggunakannya sebagai alat meraih sokongan.
“Akan tetapi akan tiba masa apabila ahli politik tidak dapat mengawal emosi dan tindakan penyokong mereka.
“Apabla keadaan tidak dapat dikawal, mereka akan menafikannya. Tetapi negara menderita, rakyat menderita,” katanya dalam temu bual itu.
Beliau juga menggesa masyarakat Melayu agar tidak percaya kepada ahli politik yang mengatakan mereka akan kehilangan jawatan di negara ini.
“Kenapa orang Melayu begitu mempercayai ahli politik yang memberitahu kedudukan mereka terancam.
“Kerana keistimewaan meningkat, begitu juga rasa tidak percaya mereka,” katanya.
Beliau menambah, Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama yang dibangunkan dengan darah, peluh dan air mata semua kaum yang bekerja bersama-sama.
“Tiada apa yang dapat hilangkan fakta ini,” katanya.
Katanya, semua kaum sudah bekerjasama sepanjang sejarah Malaysia.
Bekas menteri kewangan itu berkata, kerajaan campuran Pakatan Harapan masih terlalu muda, pemimpinnnya mesti mencari matlamat bersama dan prinsip umum yang boleh dibanggakan oleh semua pihak.
“Pakatan harus memberi tumpuan kepada kekuatannya – komitmennya terhadap demokrasi dan janji-janjinya untuk memperkuat institusi perlembagaan kita.
“Selepas insiden 13 Mei, kami menerima Rukun Negara. Sekiranya kita mengikuti Rukun Negara, kita tidak boleh salah,” katanya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.