https://critoxium.com/shop/

Terkini

PH Rancang Taruhan Tokoh Berprofil Tinggi Hadapi PRN Johor


Adakah Johor bakal menjadi pentas kemunculan semula barisan pemimpin dan figura berprofil tinggi Pakatan Harapan (PH)?

Desas-desus yang semakin kuat ketika ini menyebut bahawa gabungan itu sedang mempertimbangkan beberapa nama besar termasuk influencer terkenal, menteri kabinet dan bekas menteri untuk diturunkan dalam Pilihan Raya Negeri Johor (PRN16).

Langkah luar kebiasaan ini dilihat sebagai strategi berani PH untuk mencetuskan gelombang baharu serta mengubah corak kempen politik tradisional di negeri tersebut.

Menurut maklumat yang diperolehi Arus Malaysia, pemilihan calon-calon berprofil tinggi itu bukan sekadar untuk mengisi senarai pertandingan, sebaliknya dirangka bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap agenda Kerajaan Madani serta memperkukuhkan momentum politik PH di Johor.

Gabungan itu dipercayai mahu menampilkan calon yang mempunyai pengaruh besar, rekod pencapaian tersendiri dan kemampuan menarik perhatian pengundi pelbagai lapisan.

Lebih menarik, beberapa influencer yang mempunyai pengaruh besar di media sosial dan sering menjadi suara mempertahankan dasar kerajaan dikatakan antara individu yang sedang dipertimbangkan.

Kehadiran mereka berpotensi mengubah lanskap kempen PRN kali ini apabila pengaruh digital semakin memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi pengundi muda, khususnya generasi baharu yang mendapatkan maklumat politik melalui platform media sosial.

Dalam masa yang sama, beberapa menteri dan bekas menteri yang pernah memegang jawatan penting di peringkat nasional turut disebut-sebut bakal turun ke gelanggang.

Jika strategi ini menjadi kenyataan, PRN Johor bukan lagi sekadar pertarungan peringkat negeri, tetapi bakal menjadi pentas pertembungan tokoh-tokoh besar politik negara.

PH dilihat mahu menghantar mesej jelas bahawa mereka bersedia mempertaruhkan segala kekuatan yang ada demi mempertahankan pengaruh serta membina momentum kemenangan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.