Pembentangan kertas putih "ke arah
kelestarian" Felda mendedahkan kepincangan pengurusan
pentadbiran lama termasuk pembabitkan bekas Perdana Menteri Najib
Razak dalam urusan pelaburan yang merugikan entiti itu.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed
Azmin Ali, berkata hasil audit forensik menunjukkan kerugian atau
penjejasan nilai aset berjumlah RM2.2 bilion bagi lapan transaksi
urus niaga yang disiasat, iaitu 50 peratus daripada nilai pelaburan
asal.
Kedudukan kewangan Felda kata Azmin
bertambah tenat akibat pembaziran berterusan dengan pembelian aset
pada kadar yang lebih tinggi daripada harga pasaran.
"Sebagai contoh, pembelian Eagle
High daripada PT Rajawali Capital International (yang dimiliki oleh
Peter Sondakh) pada kadar 96 peratus lebih tinggi berbanding dengan
harga pasaran ketika itu.
"Pada Mac 2019, pelaburan
berjumlah RM2.3 bilion itu hanya mempunyai nilai pasaran RM500 juta.
“Najib Razak yang dikenali sebagai
MO1 selepas ini, yang merupakan menteri kewangan pada ketika itu,
terlibat dalam proses pelaburan ini dengan memberi arahan untuk
menyegerakan transaksi tersebut dengan pembiayaan
oleh Kementerian Kewangan.
"Tindakan ini bukan sahaja tidak
bertanggungjawab bahkan bersifat jenayah. Kesan tindakan durjana
ini menyebabkan Felda menanggung liabiliti yang tinggi,"
katanya ketika membentangkan kertas putih Felda di Parlimen, hari
ini.
Azmin Ali
Azmin berkata, situasi Felda menjadi
semakin serius dan parah akibat "kedurjanaan" urus tadbir
korporat dengan jumlah hutang Felda telah meningkat dengan ketara
sebanyak 1,100 peratus daripada RM1.2 bilion pada tahun 2007 kepada
RM14.4 bilion pada tahun 2017 berbanding dengan kenaikan nilai aset
yang mencatatkan hanya 107 peratus.
Katanya, audit forensik juga mendapati
konflik kepentingan dalam pengurusan amat ketara apabila Mohd Isa
Samad yang memegang jawatan Pengerusi dalam Felda, Felda Investment
Corporation Sdn Bhd (FIC) dan FGV Holdings Berhad.
"Pada masa yang sama, FO1 (Mohd
Isa) juga memegang jawatan Pengerusi untuk 39 anak syarikat di bawah
Felda dan FGV. Konflik kepentingan bertambah buruk apabila FO1 juga
mempunyai kuasa eksekutif sebagai Pengerusi Felda.
"Sebagai contoh, pembelian Park
City Grand Plaza Kensington di London dibuat oleh FO1 tanpa kelulusan
Lembaga Pengarah FELDA dengan harga yang melebihi kadar pasaran dan
gagal mengikut dasar pelaburan yang ditetapkan.
“FO1 membeli aset ini pada harga
RM331 juta sedangkan harga pasaran ketika itu hanyalah RM128 juta,"
katanya.
Isa Samad
Sementara itu Azmin berkata,
penyenaraian FGV telah menjana tunai sebanyak RM10.5 bilion, di mana
Felda telah memperolehi tunai sebanyak RM6 bilion dan baki selebihnya
menjadi milik FGV.
Malangnya, RM1.4 bilion daripada hasil
tunai yang diperolehi oleh Felda melalui penyenaraian FGV telah
dibelanjakan untuk membuat pelaburan yang sangat meragukan melibatkan
transaksi gelap.
"Manakala, sejumlah RM2.7 bilion
pula telah digunakan untuk meraih sokongan politik menjelang pilihan
raya umum," katanya.
Najib 'durjana', arah segerakan beli Eagle High - Azmin
Reviewed by editorreformis
on
April 10, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Bekas Imam Masjid Negara, Datuk Ustaz Hassan Mahmood al-Hafiz diumum menyertai AMANAH pada sambutan ulang tahun parti itu kali ketiga di ...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.