https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kenapa Osman Sapian letak jawatan MB Johor?

Oleh

PELETAKAN jawatan Osman Sapian sebagai menteri besar Johor semalam petunjuk bagaimana kuatnya pengaruh Istana Johor dalam menentukan kepimpinan negeri itu, kata penganalisis politik.

Osman letak jawatan selepas beberapa langkahnya dikatakan menimbulkan murka Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, termasuk yang terakhir cara beliau mengendalikan krisis pencemaran sisa kimia beracun di Pasir Gudang bulan lepas.

“Apa yang berlaku ini memperlihatkan Istana Johor masih berpengaruh kuat untuk menentukan kepimpinan Johor. Pengganti Osman mesti diberikan kepada calon yang mesra istana dan rakyat,” kata pensyarah politik Dr Mohammad Tawfik Yaakob dari Universiti Malaya.

Katanya, sebagai pemimpin Osman telah gagal menjaga hubungan antara kerajaan dengan istana.
“Bersatu perlu beri ruang kepada pemimpin yang boleh menjalin hubungan baik dengan istana,” tambahnya.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Johor kini tidak bermenteri besar kerana Osman sudah letak jawatan. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas sejak 1999 itu menyerahkan surat memaklumkan perletakan jawatannya kepada Dr Mahathir pada Isnin.

“Satu surat kepada saya untuk menyatakan peletakan jawatannya, dan satu lagi surat ialah untuk Sultan Johor dan saya berhak membacanya,” kata perdana menteri pada sidang media mengumumkan pengunduran Osman semalam.
Peletakan jawatan Osman Sapian sebagai menteri besar Johor semalam petunjuk bagaimana kuatnya pengaruh Istana Johor dalam menentukan kepimpinan negeri itu, kata penganalisis politik. – Gambar Facebook, 10 April, 2019.
Peletakan jawatan Osman Sapian sebagai menteri besar Johor semalam petunjuk bagaimana kuatnya pengaruh Istana Johor dalam menentukan kepimpinan negeri itu, kata penganalisis politik. – Gambar Facebook, 10 April, 2019.
Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas Osman tidak menyertai mesyuarat dua hala Dr Mahathir dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di Putrajaya. Osman sebaliknya digantikan Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Sahruddin Jamal.

Sahruddin, Adun Bukit Kepong dari Bersatu, disebut-sebut antara tiga nama calon pengganti  Osman.
Ini adalah peletakan jawatan pemimpin kanan pertama Pakatan Harapan (PH) sejak parti itu menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) hampir setahun lalu. Johor adalah antara negeri tambahan yang dimenangi PH selain Kedah, Perak, dan Negeri Sembilan.

Salah langkah

Bagi banyak orang yang memantau perkembangan politik di Johor sejak PRU14, perletakan jawatan Osman tidak mengejutkan. Beliau watak yang kontroversi sejak awal jadi menteri besar.

Dalam sidang media pertama sebagai menteri besar Johor, Osman membuat kenyataan tiada peruntukan kepada Adun pembangkang Johor, yang nyata berbeza dengan dasar dan pendirian PH di peringkat pusat.

Awal Januari, Osman dilihat menjejaskan rundingan Malaysia dan Singapura berhubung isu sempadan perairan apabila membuat lawatan ke kawasan yang dipertikaikan tanpa restu Wisma Putra.

Tindakan Osman menyebabkan Singapura menghantar nota bantahan diplomatik dan menangguhkan mesyuarat tahunan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura mengenai Iskandar Malaysia (JMCIM). Alasan republik itu: lawatan Osman menyebabkan mesyuarat “tidak dapat diteruskan” lagi.

Osman juga jadi fokus kontroversi semasa krisis pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, bulan lalu apabila meneruskan lawatan ke Batam, Indonesia. Beliau mempertahankan lawatan itu sebagai sudah diatur lama sebelum insiden sungai tercemar.

Dalam tempoh 11 bulan jadi MB, Osman kerap dikritik oleh Khaled Nordin termasuk didakwa tiada idea baru untuk Johor sebaliknya mengitar semula idea lama pentadbiran BN.

Media semalam turut melaporkan Istana Johor murka pada Osman kerana dikatakan belum lagi membentangkan pelan ekonomi negeri seperti dititah oleh Sultan Johor sejak beberapa bulan lalu.

Pengumuman Dr Mahathir itu menyusul pendedahan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim di Twitter bahawa Sultan Johor mahu menukar menteri besar sejak beberapa bulan lalu.
Osman juga jadi fokus kontroversi semasa krisis pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, bulan lalu apabila meneruskan lawatan ke Batam, Indonesia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 April, 2019.
Osman juga jadi fokus kontroversi semasa krisis pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, bulan lalu apabila meneruskan lawatan ke Batam, Indonesia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 April, 2019.
Siapa ganti Osman?

Bagi pemimpin parti negeri, pengunduran Osman satu ujian besar PH selepas merampas Johor dalam pilihan raya umum hampir setahun lalu.

PH menang 39 daripada 56 kerusi DUN Johor dalam PRU14, sekaligus mempunyai majoriti dua pertiga. BN mempunyai 16 kerusi manakala PAS hanya satu kerusi.

Daripada 39 kerusi dimenangi PH, DAP mempunyai 14 kerusi, diikuti Bersatu (11), Amanah (9), dan PKR (5).

“Ini menguji setiakawan dan kesepakatan wakil-wakil rakyat untuk terus memberi kestabilan politik kerajaan negeri,” kata seorang pemimpin PH negeri yang enggan identitinya didedahkan.

“Ini juga satu tanda aras penting untuk diperlihatkan kepada rakyat bagaimana proses transisi politik dilaksanakan dengan cara yang lebih beretika dan profesional. Kita menyokong apa jua keputusan pimpinan pusat dalam soal calon menteri besar yang baharu,” tambahnya.

Pemimpin negeri itu menarik perhatian PH Johor ada ramai bakat muda yang berkredibilati untuk diketengahkan dalam barisan baru kerajaan negeri.

“Mereka ini akan jadi kekuatan baru PH Johor,” katanya.

Berikut adalah beberapa maklumat ringkas calon yang disebut-sebut bakal pengganti Osman:

Dr Sahruddin Jamal, Adun Bukit Kepong

Exco berumur 44 tahun ini memiliki sarjana perubatan dari Universiti Hasanuddin di Makassar, Indonesia. Sebelum jadi wakil rakyat, beliau adalah seorang pengamal perubatan yang memiliki klinik di Pagoh dan Bukit Pasir.

Dalam PRU14 lalu, Sahruddin yang berasal dari Muar bertanding untuk kali pertama. Beliau menang kerusi DUN Bukit Kepong dengan majoriti undi 1,273 mengalahkan calon Umno dan PAS.

Mohd Khuzzan Abu Bakar, 51, Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan

Khuzzan dari PKR menang tipis kerusi DUN Semerah dengan majoriti 98 undi mengalahkan calon Umno dan PAS. Beliau pernah juga bertanding PRU13 di kerusi Parlimen Seri Gading tetapi kalah.
Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang perbankan. Tugas terakhinya ialah dalam bidang pematuhan (compliance) di sebuah syarikat kiriman wang.

Khuzzan menyertai PKR sejak awal Reformasi pada 1999. Beliau pernah jadi AJK cabang dan jawatan terakhir sebagai setiausaha PKR Johor 2014/2017.

Mazlan Bujang, Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan

Adun Puteri Wangsa dari Bersatu ini berasal dari Johor Bahru. Beliau menang kerusi itu bertanding kali pertama

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.