https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mukhriz mohon maaf kepada sultan Johor, akui ‘kealpaan sendiri’

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini memohon maaf kepada Sultan Ibrahim Iskandar kerana tidak bersalam dengan baginda disebabkan “kealpaan sendiri”.

Mengutus surat kepada baginda hari ini, setiausaha akhbar Mukhriz berkata menteri besar Kedah “memohon ampun dan maaf di atas kekhilafan beliau”, lapor Malaysiakini yang memetik kenyataan media.
–– ADVERTISEMENT ––
“Menteri besar telah menyembah maklum kepada baginda bahawa kekhilafan tersebut adalah kerana kealpaannya sendiri, dan tidak menggambarkan sifat sopan santun rakyat Kedah Darul Aman,” kata kenyataan itu.

Mukhriz hari ini dikritik berikutan beliau tidak bersalam dengan Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang sebagai biadab. Pemuda Umno Johor menggesa beliau memohon maaf atas perbuatan itu.

Sebelum ini, hubungan Tun Dr Mahathir Mahathir, bapanya, dengan istana Johor dilihat tegang ekoran beberapa isu termasuk pemilihan menteri besar dan Statut Rom.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.