Setahun setelah tsunami 9 Mei Setahun setelah tsunami 9 Mei
Oleh Tok Perak
SETAHUN telah berlalu sejak kesedaran dan kebangkitan rakyat yang mencetuskan tsunami 9 Mei, sekali gus menolak penguasaan lebih enam dekad BN dari tampuk pentadbiran.
Seluruh rakyat Malaysia Baharu yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) sememangnya berharapan tinggi untuk satu pembaharuan.
Tetapi, seperti dirasakan rakyat dan diakui sendiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan mudah memenuhi semua harapan itu.
Meski banyak pencapaian kerajaan PH telah dilaksanakan, beliau mengakui “janji-janji pilihan raya setahun lalu belum dapat dipenuhi semuanya.”
Beliau menyebut, dalam tempoh 365 hari – baru setahun jagung – PH telah menunaikan 39.01 peratus daripada janji-janji yang dibuat.
Tanpa sorak-sorai, berkokok riak dan mendabik dada, itu pengakuan ikhlas dan jujur daripada seorang Perdana Menteri.
SESETENGAH orang tidak dapat menerima pengakuan ikhlas dan jujur seperti itu. Almaklumlah di luar sana ada sekian banyak puak yang sejak awal prejudis dan sakit hati terhadap PH.
Bagi puak-puak ini PH tidak tahu mentadbir negara. Mereka malah meramalkan pentadbiran baharu ini hanya akan bertahan setahun dua. Puak-puak ini sentiasa meniupkan sentimen negatif. Mereka menuduh sekian banyak kerosakan telah dilakukan oleh kerajaan yang baru setahun memerintah.
Agaknya mereka tidak sedar pentadbiran kleptokrasi sebelum inilah yang telah melakukan sekian banyak kerosakan. Puak-puak ini sampai sekarang mengatakan segala kerosakan, 1MDB, kehilangan RM berbilion dan lain-lain kemusnahan itu hanyalah persepsi.
Mudah-mudahan dalam waktu terdekat ini mahkamah dapat membuktikan bahawa apa yang dikatakan persepsi itu adalah realiti. DENGAN segala kerosakan yang diwarisi daripada pentadbiran lalu, pencapaian 39.01 peratus PH setakat ini adalah dianggap memuaskan walaupun banyak lagi ruang untuk ditambah baik.
Ditambah dengan lebih 50 inisiatif dan perubahan (reform) dalam beberapa institusi, apa yang dilakukan setakat ini adalah munasabah. Tambahan pula setahun bukanlah tempoh yang sepatutnya untuk menilai. Lebih 60 tahun memerintah pun bukan semua permintaan rakyat dapat dipenuhi, inikan pula baru setahun.
Sepatah kata Tan Sri Rafidah Aziz paling tidak pun berilah tempoh sepenggal – lima tahun – untuk menilai. Dan, pengundi – bukan puak-puak prejudis itu – yang sebenarnya boleh memberi markah dan menilai...
DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan PH meneruskan banyak benda yang sebelum ini dilaksanakan semasa BN, tetapi diberi nama baharu. Antara program zaman BN yang dijenamakan semula ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditukar kepada Bantuan Sara Hidup (BSH), Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip) kepada Residensi Wilayah dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kepada Hope Mart.
‘Klinik 1Malaysia’ menjadi ‘Klinik Komuniti’ sementara Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menjadi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), program ‘Permata’ menjadi ‘Genius’.
Bagi kebanyakan orang tidak salah benda-benda baik untuk rakyat itu diteruskan. Sebab bukan semua peninggalan pentadbiran hendak dibuang. Cuma nama kena ditukar dan itu pun tidak salah. Almaklumlah ada nama-nama lama yang menyakitkan hati rakyat, perlu ditukar dengan nama yang lebih manja.
SEPERTI Ramadan-Ramadan sebelumnya puasa kali ini pun ada macam-macam cerita tidak berapa sedap, perihal orang memperolokkan ibadat tersebut. Seperti diberitakan ada curi-curi membeli makanan untuk tengah hari, menyembunyikan apa yang dibeli itu dalam plastik hitam. Barang diingat bungkuslah dosa itu dalam plastik hitam, plastik merah atau plastik warna apa pun, tetapi masih ada yang melihat dan menilai.
Jangankan apam balik atau paha ayam goreng, dosa sebesar hama pun ada yang melihat walaupun disembunyikan dalam peti besi.
AKHIR kalam, seperti diberitakan seorang timbalan pengarah kanan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan kes menerima dan memberi rasuah berjumlah RM200,000.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki dipetik Bernama berkata, pihaknya menemui sejumlah wang dianggarkan RM1 juta di kediaman lelaki itu, namun perkara itu masih dalam siasatan.
Ini pun benda tidak sedap dan mencemarkan Ramadan al-Mubarak.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.