https://critoxium.com/shop/

Terkini

Data cukai ikut kaum yang tular tak benar - LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menafikan penyebaran maklumat palsu mengenai jumlah peratusan pembayar cukai yang menunjukkan kaum Melayu pembayar cukai tertinggi. LHDN, sebaliknya menjelaskan bahawa data dan maklumat mengenai pembayar cukai yang direkodkan mengikut individu dan syarikat, bukannya berdasarkan kaum.

“LHDN ingin menegaskan bahawa tiada pembentangan kertas putih sedemikian yang melibatkan laporan berhubung dengan jumlah sumbangan cukai berdasarkan komposisi kaum dan bangsa di Malaysia di Parlimen oleh LHDN seperti dinyatakan dalam saluran media-media sosial tersebut.

“Berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) LHDN, maklumat pembayar cukai dan data kutipan cukai tidak disimpan berdasarkan komposisi kaum dan bangsa.

“Sehubungan itu, LHDN ingin menegaskan bahawa data yang ditularkan melalui media sosial tersebut adalah tidak benar dan bukan dari sumber LHDNM,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut dibuat susulan hantaran pengguna Facebook yang bertajuk “Siapa kata bangsa Cina & India banyak bayar cukai dekat kerajaan?”

Hantaran yang kononnya memetik laporan kertas putih di parlimen oleh LHDN memberitahu bahawa pembayaran cukai mengikut kaum dari 2015 hingga 2018 menunjukkan statistik kaum Melayu penyumbang terbesar.

Menurut dakwaan itu, golongan Melayu menyumbang 63 peratus (RM 97.852 juta), diikuti dengan kaum Cina 13 peratus (RM33 juta) dan India, 1.8 peratus (RM2 hingga 3 juta).

“Mitos kaum Cina bayar cukai banyak adalah bohong. Rujuk LHDN untuk data. Kita tahu kaum Cina suka elak bayar cukai sebab tu mereka tak suka GST (cukai barangan dan perkhidmatan),” dakwa pengguna media sosial itu..

Bagaimanapun, menurut statistik cukai langsung LHDN dari tahun 2016 hingga 2018 tidak menunjukkan sumbangan mengikut kaum.
Jumlah pada 2018 melihatkan bahawa pembayar cukai lebih banyak disumbangkan melalui syarikat iaitu RM70,036 juta berbanding individu RM30,065 juta.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.