Haramkan Dong Zong - Pertubuhan Rasis Sempit
Oleh ISMAIL SABRI YAAKOB
Seperti biasa sejak dari dulu jika ada isu yang berkaitan kaum cina maka Dong Zong yang akan menjadi juaranya.Jika ada isu berkaitan penentangan terhadap perkara-perkara berkaitan dengan Melayu dan Islam maka Dong Zong juga akan menjadi pemain utamanya.Apakah kita sekarang ini dibawah Kerajaan DAP-PH akan berterusan berbicara dan dihidangkan dengan isu perkauman dan tuntutan-tuntutan melampau Dong Zong.
Seperti biasa sejak dari dulu jika ada isu yang berkaitan kaum cina maka Dong Zong yang akan menjadi juaranya.Jika ada isu berkaitan penentangan terhadap perkara-perkara berkaitan dengan Melayu dan Islam maka Dong Zong juga akan menjadi pemain utamanya.Apakah kita sekarang ini dibawah Kerajaan DAP-PH akan berterusan berbicara dan dihidangkan dengan isu perkauman dan tuntutan-tuntutan melampau Dong Zong.
Dalam soal Tulisan Khat dan Tulisan Jawi ini walau
Tun Mahathir selaku Perdana Menteri telah membuat keputusan yang amat
jelas seperti “Keputusan mengenai Khat adalah muktamad”, seharusnya
tidak lagi timbul pertikaian dari Dong Zong serta Ahli-ahli Parlimen dan
ADUN DAP kerana ia merupakan keputusan kerajaan yang diwakili juga oleh
DAP.Kenapa lagi perlu petisyen dan sebagainya.Mereka sengaja mengaitkan
isu jawi dengan ugama sedangkan jawi hanya tulisan arab dan Khat pula
merupakan seni tulisan.
Seperti yang kita tahu
bahawa Dong Zong merupakan salah satu Hua Tuan(Persatuan-Persatuan Cina
Utama Malaysia) dari lebih 2065 persatuan cina yang memainkan peranan
dalam mengemukakan tuntutan di dalam Dokumen Siqiu.Pelbagai tuntutan
yang mempertikaikan hak keistimewaan Orang Melayu Bumiputera
Islam.Pelbagai perkara dalam perlembagaan cuba mereka ubah dan hapuskan
untuk melenyapkan hak istimewa Orang Melayu.
Setiap
perkara yang berkaitan Orang Melayu menjadi masalah kepada Dong
Zong.Apakah Dong Zong ini *”Pelampau Cina” yang menjadi *”Tangan Jahat”
bagi pihak Bangsa DAP?_ _*Apakah Tulisan Khat yang menjadi sebahagian
dari budaya Orang Melayu Islam seawal 1303( Batu Bersurat Terengganu)
itu dilihat sebagai ancaman kepada Bangsa DAP? _*Apakah Tulisan Khat
yang menjadi sebahagian dari budaya Orang Melayu Islam seawal 1303( Batu
Bersurat Terengganu) itu dilihat sebagai ancaman kepada Bangsa DAP?*_
Apakah Dong Zong lupa bahawa Malaysia ini Tanah Melayu dan Majoritinya
juga Melayu Islam?
Dalam cadangan Kerajaan era
Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sebelum ini untuk mewujudkan satu
Sekolah Wawasan dimana Sekolah Kebangsaan,SJK(C) dan SJK(T) dikumpulkan
dalam satu kampus ditentang oleh Dong Zong atas alasan tidak mahu budaya
melayu diterapkan kepada anak-anak mereka nanti.
Antara
tuntutan lain Dong Zong yang ada dalam Siqiu ialah menuntut agar sistem
kouta di universiti ,penjawat awam,pinjaman dan bantuan pelajaran
dihapuskan dan digantikan dengan sistem meritokrasi atau berasaskan
kebolehan dan pencapaian.
Dong
Zong juga merupakan pemain utama dalam menggesa Kerajaan mengiktiraf
Sijil UEC dan juga seawal pemerintahan kerajaan DAP-PH ,Dong Zong
menggesa agar bantuan kerajaan disalurkan kepada Sekolah-Sekolah
Persendirian Cina(Menengah dan Rendah) dan kerajaan DAP-PH secara terus
merealisasikan tuntutan Dong Zong ini apabila memasukkan Sekolah
Persendirian Cina sebanyak 60 sekolah dengan peruntukan RM12 juta
dibawah peruntukan SJK(C) sebanyak RM50 juta yang berada diluar sistem
atau dasar Pendidikan Negara sebagai sekolah yang mendapat peruntukan
kerajaan dan secara tidak langsung ianya bertentangan dengan dasar
kerajaan.Ini juga merupakan tuntutan yang ada dalam Siqiu.
Tuntutan
Dong Zong bukan lagi tuntutan tetapi seolah suatu perkara yang harus
diutamakan dalam Kerajaan DAP-PH hari ini.Untuk kepentingan mereka
semuanya lulus dan “OK” tetapi apabila sampai kepada Orang Melayu Islam
dalam bab Tulisan Khat pun mereka menentang dan bersuara lantang dengan
pelbagai cara.
Saya ingin memberikan ingatan
kepada Dong Zong bahawa mereka perlu ingat dan sedar di mana mereka
berpijak dan langit mana yang mereka sedang junjung hari ini.Ini Tanah
Melayu dan majoritinya masih Melayu Islam.Jangan dek kerana sikap Dong
Zong terlalu lantang ini bakal mengundang semula kepada pertembungan
kaum yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 satu ketika dahulu.Dong Zong
jangan jadi ”Pelampau Cina” yang akhirnya membakar kemarahan Orang
Melayu Islam yang boleh mengundang perpecahan antara kaum.
Saya
amat setuju dengan kenyataan Tun Mahathir bahawa Dong Zong ini
merupakan satu pertubuhan yang rasis dan justeru itu saya mencabar
kerajaan supaya mengharamkan Dong Zong atas dasar menyelamatkan Malaysia
dari terjerumus ke dalam senarai negara bergolak atau negara yang tidak
selamat apabila berlaku pertembungan entik,kaum dan agama.Negara pasti
tidak aman jika Dong Zong terus dibenarkan bersuara lantang.Dong Zong
harus menghormati bangsa majoriti (Melayu) di Malaysia dan teras
budayanya juga adalah Melayu.Pasti api kebangkitan Melayu Islam bisa
saja membakar setiap kulit Chauvanist yang tidak sedar di mana bumi
dipijak dan langit mana yang mereka junjung..
#Allahuakbar
#TanahMelayuPelbagaiKaum
* Penulis ialah Ketua Pembangkang dan Naib Presiden UMNO
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.