Jangan Hina Dr Zakir Naik
Oleh: Yahaya Ismail
Kalau ilmu agama sekangkang ayam jagoh kampung jangan samakan status kamu dengan dunia ilmu Dr Zakir Naik yang pakar di bidang perbandingan agama. Dia bukan ahli politik yang bercawat minda memperaga diri sebagai 'pejuang' keadilan dan kebebasan beragama untuk meraih sokongan palsu dari pemeluk agama lain.

Para politikus pansiunan, uzur
minda, dangkal ilmu agama, jangan celupar mulut meluah kenyataan
memperlekehkan pendakwah Islam bertaraf global ini.
Sebagai orang Islam kita patut berbangga beliau menjadi penduduk tetap di negara tercinta ini.
Apakah kalian buta matahati dan jahil agama bahawa Zakir Naik digeruni oleh para militan Hindu yang menguasai kerajaan India sekarang? Apakah kalian tidak tahu umat Islam minoriti di India menjadi mangsa keganasan dan penginayaan kaum Hindu fanatik?
Para pemimpin agama lain gerun dan benci terhadap Dr Zakir kerana mereka tidak mampu menentang hujah-hujah beliau yg dapat menyebut segala ayat dan makna dari berbagai kitab agama Hindu Vedas, Opanisyat, Puranas dan berbagai versi dari Injil Kristian.
Dari berbagai kitab asli agama Hindu dan Kristian beliau membuktikan bahawa agama-agama mereka juga percaya Allah Yang Maha Esa, dan akan lahir seorang Nabi bernama Ahmad atau Muhamad kelak. Ini buat para pemimpin agama-agama lain terkedu, mati angan-angan, menyerah kalah.
Dengan ilmu bandingan agama ini Zakir telah menggugat keyakinan agama-agama itu yang diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu dalam tafsiran agama-agama mereka. Mitos yang dicipta oleh agama-agama itu didedahkan oleh Zakir melalui kajiannya yang mendalam agama-agama Kristian dan Hindu.
Hasil dari dakwah beliau berjuta orang memeluk Islam di seluruh pelusuk dunia. Ini yang membimbangkan para pemimpin agama-agama Kristian dan Hindu.
Umat Islam mengucapkan syabas dan jutaan terima kasih kerana Tun Mahathir lebih bijak dalam penilaiannya terhadap keilmuan Dr Zakir Naik.
Kekalkan taraf penduduk tetap beliau di sini. Bantu beliau dalam urusan dakwah kerana ini tuntutan Islam, bukan tuntutan politik keduniawian. Hanya Melayu yang jahil agama, khayal dengan kuasa politik sahaja yang tidak tahu menilai ilmu kepakaran pendakwah yang tersohor seperti Dr Zakir Naik.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.