Kilang plastik larang pekerja bersolat
KLANG - Sebuah
kilang beg plastik di Taman Perindustrian Sungai Kapar di sini didakwa
melarang pekerja Islam di syarikat itu daripada menunaikan ibadah solat.
Menerusi memo tersebut, denda sebanyak RM500 akan dikenakan kepada pekerja bagi setiap satu kesalahan.
"Pihak pengurusan ingin memaklumkan kepada semua pekerja bahawa tidak dibenarkan pergi solat pada waktu bekerja kecuali pada waktu makan tengah hari sahaja.
"Dengan serta-merta jika didapati melanggar arahan, akan dikenakan denda sebanyak RM500 untuk setiap kali kesalahan," katanya. - K! ONLINE
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.