Sebab Najib tak hadir majlis pertabalan Agong?
Semalam saya
telah mendapat maklum bahawa Datuk Seri Najib tidak dapat hadir ke
majlis Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
diPertuan Agong ke-16 Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah di Istana Negara.
Saya juga mendapat maklum bahawa sebabnya ialah
kerana terdapat campurtangan daripada Pejabat Perdana Menteri tentang
tempat duduk Dato’ Seri Najib di Istana Negara dan protokol pemakaian
baju pada saat-saat akhir.
Dato’ Seri Najib telah menerima jemputan ke majlis Pertabalan tersebut sebagai bekas Perdana Menteri.
Oleh itu tempat duduk yang disediakan untuk
beliau di Balairung Seri Istana Negara sehinggalah saat-saat akhir
sebelum campur tangan Pejabat Perdana Menteri adalah di barisan hadapan
sebaris atau berdekatan dengan Perdana Menteri seperti yang sepatutnya.
Namun pada saat-saat akhir, tempat duduk Dato’
Seri Najib telah diubah ke barisan belakang kerana diberitakan bahawa
Perdana Menteri Dr. Mahathir tidak mahu duduk berdekatan dengan Dato’
Seri Najib.
Saya juga mendapat maklum bahawa sekiranya
tempat duduk Dato’ Seri Najib tidak diubah, Perdana Menteri Dr. Mahathir
mengugut tidak mahu hadir ke majlis Pertabalan tersebut.
Kedudukan yang baru ini memerlukan Dato’ Seri
Najib menukar pakaian kepada pakaian Datuk Shahbandar Pahang mengikut
protokol, yang mana pada saat-saat akhir adalah tidak munasabah untuk
menyempatkan beliau hadir ke Istana Negara pada masa yang ditetapkan.
Kerana menghormati protokol yang telah diubah
pada saat-saat akhir oleh sebab campurtangan oleh Pejabat Perdana
Menteri di atas, Dato’ Seri Najib telah tidak dapat hadir ke majlis
Pertabalan tersebut.
Dr.Mahathir tidak mahu Najib datang ke majlis Pertabalan Agong sebab dia irihati bahawa Najib lebih popular daripadanya.
Kejadian di atas tidak sepatutnya berlaku.
Perdana Menteri dan pegawai-pegawainya perlu
profesional dan tidak bertindak mengikut emosi atau berdasarkan
kebencian dalam hal ini.
Ini adalah kerana majlis Pertabalan DYMM SPB YDP Agong adalah suatu majlis yang melangkau politik.
Oleh itu sepatutnya pihak-pihak tertentu yang
terbabit yang telah menukar kedudukan kerusi Dato’ Seri Najib tersebut
perlu mengenepikan soal politik di majlis itu.
Apabila mereka berbuat begini kepada Dato’ Seri
Najib iaitu salah seorang sahabat karib YDP Agong dan mereka (Mahathir)
mengugut pula tidak mahu hadir, ini menunjukkan mereka bertindak
mengikut kepentingan diri sendiri melebihi kepentingan YDP Agong.
Tindakan mereka ini seolah-olah tidak menghormati YDP Agong di majlis pertabalan baginda.
Ia bukan sahaja suatu penghinaan kepada bekas
Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Dato’ Seri Najib, tetapi juga suatu
penghinaan kepada institusi Yang diPertuan Agong dan Istana Negara.
Selepas ini tentunya Dr Mahathir dan
pegawai-pegawainya di Pejabat Perdana Menteri akan menafikan perkara ini
seperti mana mereka menafikan banyak perkara sebelum ini.
Namun
Allah SWT maha mengetahui perkara yang sebenar walaupun ada makhlukNya
yang kerap menipu manusia yang lain.
Isham Jalil
Presiden Sukarelawan Malaysia
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.