MIC menyatakan rasa sedih parti itu atas sikap beberapa pemimpin
parti rakan baru mereka, PAS, semasa menguruskan isu pendakwah dari
India, Dr Zakir Naik.
Presiden MIC, SA Vigneswaran, berkata PAS sepatutnya memberikan nasihat kepada Zakir agar menghormati bangsa lain di negara ini.
"Bukannya menggalakkan dia untuk mengeruhkan lagi keadaan," katanya.
Beliau
yang juga kini menjadi Yang Dipertua Dewan Negara berkata demikian
semasa menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MIC Ke-73
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur malam tadi.
Hubungan
MIC dengan PAS sebelum ini adalah sebagai musuh politik, sesuai
kedudukan parti kaum India itu sebagai sebahagian daripada kerajaan BN,
sehinggalah PH berjaya menguasai Putrajaya pada Mei tahun lalu.
Sejak itu kedua-dua parti mula bekerjasama, malah pada Mac lalu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menganggap kerjasama mereka seumpama sebuah keluarga.
Kata Abdul Hadi, mereka dipertemukan oleh titik persamaan walaupun berbeza kaum.
Tak bimbang Zakir
Menurut
Abdul Hadi kebersamaan PAS, MIC dan Umno bukan perkara baru, malah
ketiga-tiga parti terbabit pernah bersama menentang penjajah.
Hubungan
di antara kaum di negara ini semakin panas selepas Zakir membuat ucapan
di Kota Bharu mengenai "tetamu lama" dan "tetamu baru" membabitkan
bangsa Cina dan India di negara ini.
Zakir - yang dikehendaki New
Delhi atas tuduhan jenayah - mendakwa kenyataannya dipetik di luar
konteks. Pemimpin PAS pula menyalahkan media atas laporan berkenaan.
Di
sebalik dakwaan itu Zakir kemudian meminta maaf atas ucapannya itu. Dia
ke Kota Bharu atas jemputan PAS yang menjadi kerajaan di Kelantan.
Menurut Vigneswaran pendirian itu adalah tetap walaupun MIC kini bekerjasama dengan PAS serta Umno.
Sementara
itu Vigneswaran berkata MIC tidak bimbang dengan keberadaan Zakir di
negara ini selagi dia tidak membangkit isu perkauman.
Sebagai
parti pembangkang, kata Vigneswaran, MIC juga tidak berminat untuk
mengambil tahu sama ada Putrajaya akan mengekalkan Zakir di negara ini -
sebagai pemastautin tetap - atau menghantarnya pulang ke India.
Pada masa sama kata Vigneswaran MIC juga menghormati semua pendakwah dan Islam.
“Kami tidak menentang mana-mana pendakwah. Tidak ada sesiapa menyoal keindahan dan kesucian Islam.
“Apa yang kami mahu ialah, beliau (Zakir) tidak mewujudkan ketegangan perkauman,” katanya.
Tambah Vigneswaran, seseorang yang pergi ke negara asing untuk mendapatkan suaka politik bukanlah sesuatu yang aneh.
Malah katanya ada rakyat Malaysia sendiri pergi ke India atas faktor keselamatan.
“Bagi kami dia (Zakir) sudah meminta maaf. Kami cuma mahu dia jangan menyentuh isu-isu bangsa dan agama lain.
“Nak hantar ke India atau tidak, itu adalah tugas kerajaan," katanya.
Sementara
itu, Vigneswaran turut mempertikai tindakan beberapa pemimpin PH yang
mendakwa pembelajaran tulisan Jawi diperkenalkan oleh BN.
“Jangan tuduh BN dalam isu Jawi. Keputusan BN memperkenalkan Jawi cuma sekadar dasar sahaja.
“Kalau
rakyat tidak menerima, batal saja dasar tersebut. Bukan susah nak tarik
balik dasar kerajaan. Ini bukan akta untuk dibawa ke parlimen. Boleh
buat dalam kabinet sahaja,” tambahnya.
Menurut Vigneswaran lagi,
MIC tidak membantah pembelajaran tulisan Jawi sebaliknya berpendapat ia
perlu diberi kefahaman sewajarnya sebelum diperkenalkan.
"Ini (sekarang) bukan masa yang sesuai," katanya.
Untuk rekod mesyuarat agung MIC kali ini turut membincangkan usul meminda perlembagaan parti.
Antara pindaan yang menarik ialah, MIC menerima keanggotaan untuk parti itu seawal usia 16 tahun.
MIC sedih sikap PAS dalam isu Zakir Naik
Reviewed by editorreformis
on
Ogos 25, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Bersatu mengambil giliran mereka pula untuk bersuara kira-kira dua hari selepas berdepan dengan tuduhan dibuat Presiden PAS, Abdul Hadi Awan...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.