https://critoxium.com/shop/

Terkini

Replika buku terhakis dan retak

“TERIMA kasih kerana ramai prihatin, persoalan perobohan terlalu cepat dilakukan serta pelbagai lagi dakwaan orang ramai di Facebook adalah tidak benar.”

Demikian menurut Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran.

Menurutnya, replika yang terletak di puncak Menara DBP itu adalah replika buku dan sudah mengalami kerosakan sejak beberapa tahun lalu.


Katanya, pelbagai usaha dilakukan bagi memulihara reka bentuk itu supaya kekal di atas menara namun pemeriksaan susulan Jabatan Kerja Raya (JKR) beberapa bulan lalu mendapati replika itu tidak lagi selamat.

“Apabila pakar dari JKR mendapati struktur replika itu tidak lagi

selamat, ada hakisan dan keretakan teruk, mereka nasihatkan agar ia diturunkan dan bagi saya, keselamatan kakitangan DBP serta orang awam yang ke menara itu lebih utama.

“Justeru JKR juga sudah melantik kontraktor bertanggungjawab dan kerja menurunkan replika buku itu sudah dimulakan sejak 12 Julai lalu dan dijangka siap 16 November ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, air yang keluar dari sistem penyejuk bangunan terletak di atas bumbung menara juga dipercayai menjadi faktor struktur sokongan replika buku gergasi itu tidak kukuh.

Justeru, beliau menolak sama sekali dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan dengan usaha menghapuskan simbolik Islam selain pelbagai lagi andaian dan tohmahan.

“Ketika ini, proses menurunkan replika itu masih di peringkat awal dan kerja terbabit hanya dilakukan pada waktu malam selain hari cuti am, demi memastikan keselamatan awam.

“Jika diikutkan, saya serta seluruh keluarga DBP sendiri berasa sayang jika replika ini diturunkan namun faktor keselamatan perlu diutamakan,” katanya.

Katanya, selain itu, DBP juga dalam proses menggantikan lif dan eskalator dalam bangunan terbabit.
Menurutnya, DBP beroperasi di bangunan terbabit sejak 2002
selepas bangunan itu siap dibina pada 2001.


Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.