https://critoxium.com/shop/

Terkini

Waytha Moorthy nafi beri kenyataan kepada Malaysiakini

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy menafikan beliau memberi sebarang kenyataan kepada portal Malaysiakini berkenaan isu pengajaran seni khat Jawi di sekolah.

Pengasas Parti Kemajuan Malaysia (MAP) itu malah menyifatkan laporan yang diterbitkan portal tersebut pada malam tadi adalah palsu dan berniat jahat.

“(Saya) tidak bercakap kepada Malaysiakini atau mana-mana wartawannya mengenai perkara ini,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today di sini hari ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Waytha Moorthy tidak bersetuju dengan pengajaran seni khat Jawi di sekolah vernakular kerana beliau berpendapat masih banyak perkara lain untuk diajar kepada pelajar, terutamanya berkaitan teknologi seperti pengekodan.

Menurut laporan itu, beliau turut berkata ramai anggota Kabinet tidak bersetuju dengan perkara tersebut.

Dalam laporan tersebut, Malaysiakini menyatakan beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama Bernama.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.