https://critoxium.com/shop/

Terkini

Zaid Ibrahim: Kerajaan PH patut selamatkan Utusan, jadikan akhbar progresif

KUALA LUMPUR, 20 Ogos  — Bekas menteri Umno mencadangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyelamatkan akhbar Utusan Malaysia daripada ditutup akibat masalah kewangan.

Datuk Zaid Ibrahim berkata Utusan Malaysia boleh menjadi akhbar yang progresif dengan mengetengahkan isu rakyat.

“(Utusan Malaysia) tidak perlu menjadi wadah yang toksik, ia boleh dijadikan akhbar progresif yang melaporkan isu sebenar rakyat.

“Ia boleh mencerminkan nilai baru sesuai dengan keadaan di negara ini,” catat ahli DAP dalam bahasa Inggeris di Twitter.


Zaid juga mempersoal pemimpin Melayu yang lantang memperjuang isu Jawi tetapi berdiam diri apabila institusi Melayu seperti Utusan berdepan krisis dan edisi cetakan jawi ditutup setahun lalu.

Utusan Melayu (M) Berhad dijangka menghentikan cetakan dua akhbarnya, Utusan Malaysia dan Kosmo pada Rabu ini.

Pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Cawangan Utusan Mohd Taufek Abdul Razak berkata hasil perbincangan dengan Pengerusi Eksekutif Utusan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir memutuskan penutupan dibuat jika tiada jalan penyelesaian isu bayaran gaji tertunggak pekerja.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.