Cuepacs harap penjawat awam dapat bonus sebulan gaji
Presidennya Datuk Azih Muda berkata tahun 2020 merupakan tahun yang unik dan istimewa dan sudah tentunya pihaknya mengharapkan kejutan istimewa berlaku dalam Belanjawan 2020 yang djadual dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 11 Oktober depan.
“Kita mesti mengiktiraf sumbangan penjawat awam dalam usaha mereka memastikan negara terus stabil, aman dan makmur, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan Ceupacs Pulau Pinang di sini semalam.
Beliau berkata, 2020 satu tahun yang amat istimewa sebab itu Dr Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri keempat, memilih 2020 sebagai satu tarikh untuk meletakkan negara kita sebagai negara maju.
“Walaupun perdana menteri telah menganjakkan masa untuk meletakkan Malaysia sebagai negara maju pada 2020 ke 2025, harapan kami supaya gaji permulaan tahun 2020 itu mesti berada di atas garis kemiskinan.”
Dalam pada itu Ceupacs turut merayu pada kerajaan agar penjawat awam terus berada di zon selamat dan turut meminta agar kerajaan mengekalkan kewujudan 21 Institut Pendidikan Guru (IPG) dan 33 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang sebelum ini dikatakan akan ditutup. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.