PTPTN mahu tarik majikan bantu pekerja bayar pinjaman
ALOR GAJAH, 23 Sept — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) akan melipatgandakan usaha bagi menarik lebih ramai majikan
membantu pekerja mereka membayar tunggakan pinjaman berkenaan pada masa
akan datang, kata Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan.
Beliau berkata, usaha itu termasuk memperkemas maklumat tepat dan jelas kepada majikan khususnya berkaitan pelepasan cukai yang diberikan kerajaan dalam menjayakan inisiatif berkenaan.
Setakat ini secara purata, jumlah majikan yang membayar
tunggakan pinjaman pekerja mereka sangat rendah iaitu hanya enam majikan
melibatkan 10 peminjam atau pekerja dengan jumlah bayaran yang
dijelaskan RM97,873.59.
“Perkara ini masih baharu dan maklumat berkaitannya dalam kalangan majikan amat rendah terutama pelepasan cukai yang mereka peroleh sekiranya membayar tunggakan pinjaman pekerja masing-masing.
“Jadi
kita dalam proses untuk berkempen agar lebih ramai majikan dapat
terlibat dalam usaha ini terutama membantu pekerja mereka yang
berpendapatan rendah untuk membayar pinjaman PTPTN," katanya kepada
pemberita selepas Program Jelajah Skim Simpanan Pendidikan Nasional
(SSPN) 2019 peringkat Melaka di sini, hari ini.
Mengulas
lanjut, Wan Saiful berkata inisiatif itu bukan sahaja meringankan beban
pekerja dalam aspek pembayaran semula pinjaman PTPTN mereka tetapi ia
dapat memberi motivasi kepada pekerja terlibat untuk memberikan
perkhidmatan terbaik kepada majikan dan syarikat.
Terdahulu, PTPTN turut memberikan sumbangan simpanan akaun SSPN-i kepada 240 pelajar asnaf di enam kawasan Parlimen di Melaka melalui peruntukan wakalah zakat PTPTN berjumlah RM24,000.
Program Jelajah SSPN yang bertujuan untuk membuat hebahan kepada masyarakat berkaitan budaya penabungan bagi pendidikan tinggi, berlangsung selama dua bulan mulai bulan lepas membabitkan 12 lokasi di Semenanjung, 11 lokasi di Sabah dan 10 di Sarawak. — Bernama
Beliau berkata, usaha itu termasuk memperkemas maklumat tepat dan jelas kepada majikan khususnya berkaitan pelepasan cukai yang diberikan kerajaan dalam menjayakan inisiatif berkenaan.
“Perkara ini masih baharu dan maklumat berkaitannya dalam kalangan majikan amat rendah terutama pelepasan cukai yang mereka peroleh sekiranya membayar tunggakan pinjaman pekerja masing-masing.
Terdahulu, PTPTN turut memberikan sumbangan simpanan akaun SSPN-i kepada 240 pelajar asnaf di enam kawasan Parlimen di Melaka melalui peruntukan wakalah zakat PTPTN berjumlah RM24,000.
Program Jelajah SSPN yang bertujuan untuk membuat hebahan kepada masyarakat berkaitan budaya penabungan bagi pendidikan tinggi, berlangsung selama dua bulan mulai bulan lepas membabitkan 12 lokasi di Semenanjung, 11 lokasi di Sabah dan 10 di Sarawak. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.