Mufti Wilayah minta bukti dakwaan wang kertas Malaysia ada lemak babi
KUALA LUMPUR, — Mufti Wilayah Persekutuan meminta pihak yang
mendakwa wang kertas Malaysia mengandungi lemak babi supaya mengemukakan
bukti terlebih dulu.
Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sebarang tuduhan haruslah datang dari “dalil” bagi mengesahkannya, lapor Harian Metro.
“Berkemungkinan ada kena mengena dengan halal daripada
pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pada makmal, makmal yang
lebih ‘standard’ dan lebih baik untuk kita benar-benar memahami apakah
itu benar atau tidak,” katanya.
“Ini kerana sekadar satu dakwaan atau satu kenyataan (tidak memakai), (ia) perlu kepada penelitian yang kukuh.”
Zulkifli
berkata demikian merujuk dakwaan seorang pensyarah Pusat Pengajian
Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM), kelmarin, yang
mengatakan wang kertas mengandungi lemak babi.
Profesor Zhari Ismail mendakwa maklumat itu diperolehnya daripada pemain industri yang terlibat dalam pencetakan wang.
Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sebarang tuduhan haruslah datang dari “dalil” bagi mengesahkannya, lapor Harian Metro.
“Ini kerana sekadar satu dakwaan atau satu kenyataan (tidak memakai), (ia) perlu kepada penelitian yang kukuh.”
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.