https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kelemahan yang tidak pernah mahu diperbetulkan...?



Oleh Zulkiply Ishak

1. Sekian kali...isu pencen yang dimarah-marahkan adalah contoh sempurna jentera penerangan kerajaan yang seakan ‘segan’ ingin muncul berfungsi dan bertindak.

2. Satu pihak yang ‘gatal mulut’ mengulas isu yang maha sensitif tapi tidak diolah dengan baik atau dengan ‘back-up’ media yang kuat...satu lagi pihak adalah media kerajaan yang seakan ‘menari suka’ bila kerajaan semasa-nya disembelih dan diberikan perisa tambah marah oleh rakyat. 

3. Kadang kala...bercakap baik menegur tidak dihargai...mungkin pengajaran yang sakit baru mahu sedar apa itu ‘kuasa media’ yang membentuk minda dan persepsi rakyat.

4. Kelemahan jentera media dan komunikasi kerajaan bukan lagi rahsia tetapi ditegaskan sendiri oleh Perdana Menteri pada 30 Ogos lalu selepas mesyuarat Presiden PH.

5. Tetap tak mahu berubah..? Jangan salahkan orang lain selepas merasa hasil ‘tindakan’ sendiri dan setelah dinasihatkan!

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.