https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kesederhanaan diperlukan di saat ‘isu menggelegak’ timbul

Oleh MOHAMAMED HANIPA MAIDIN

Terlalu banyak isu yang panas mendominasi landskap politik tanah air kita pada masa ini. Kebanyakan isu tersebut disaluti dengan unsur-unsur yang tidak sihat dan yang tidak sepatutnya (timbul) .

Fakta bahawa semua ini berlaku di era Malaysia Baru sesungguhnya amat-amat membimbangkan kita. Sudah tentu kita tidak menjangkakan ini semua ini berlaku apatah lagi untuk kita mahu kebebasan seperti ini tatkala rakyat Malaysia, buat kali pertama dalam sejarah, memutuskan untuk mempunyai sebuah Kerajaan baru yang mewakili mereka pada 9 Mei 2018.

Ya, di era Malaysia Baru, Kerajaan PH dengar rasa gembira meraikan roh dan semangat kebebasan bersuara dan berekspresi yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab, kami secara serius mahukan rakyat negara ini merasai hasil tuai demokrasi. Mereka harus kecapi apa yang mereka semaikan.

Suatu fakta yang telah diterima bahawa berbeza dengan iklim politik masa kini, ramai rakyat Malaysia secara rutin telah dinafikan dari menikmati hak-hak dan kebebasan demokrasi di bawah rejim yang sebelum ini.

Malangnya, kemeriahan politik baru ini juga datang bersamanya mudarat tertentu yang tidak diinginkan. Nampaknya, sebahagian elemen dalam negara kita yang tercinta ini mempunyai kesukaran bagi melaksanakan dan menikmati kebebasan yang mereka perolehi dengan penuh rasa tanggungjawab. Ramai dari mereka tidak begitu menghargai kebebasan itu dengan sewajarnya. Hak dan kebebasan dilaksanakan tanpa satu sikap kebertanggungjawaban yang sewajarnya sehingga ada pihak yang sanggup mencerobohi hak dan kebebasan orang lain ketika mana mereka sedang melaksanakan hak dan kebebasan mereka itu.

Malangnya pesta politik terbaru hadir bersamanya sebahagian dari perkara yang tidak dingini.
Nampaknya sebahagian pihak dalam negara ini mempunyai kesukaran bagi menikmati dan melaksanakan kebebasan yang dikurniakan dengan rasa penuh tanggungjawab. Ramai yang anggap ini semua macam keadaan biasa sahaja. Hak dan kebebasan itu dipenuhi secara agresif tanpa adanya sikap kebertanggungjawaban yang sebenar sehingga ada yang sanggup mencerobohi hak dan kebebasan orang lain ketika mana mereka sedang melaksanakan hak mereka.

Bagi memburukkan lagi keadaan, parti-parti pembangkang yang baru juga gagal mengubah amalan atau tradisi lama mereka. Pepatah lama yang menyatakan ” amalan lama sukar dihapuskan” adalah adjektif yang paling sesuai untuk menggambarkan karekter sebenar para parti pembangkang sekarang. Berpasangan dengan pasukan baru mereka, si-veteran Pas nampaknya macam tiada masalah untuk bermain daun terup baru-penggabungan antara kad bangsa dan kad agama. Kontang dari apa- apa dasar pertanggungjawaban, mereka tiada rasa bersalah sedikit pun boleh menjemput Dr Zakir Naik menaiki pentas politik mereka dengan satu “program samaran ” mengguna pakai kain rentang Penyatuan Ummah. Bagi memberi sedikit pujian ke atas mereka, strategi politik mereka yang terbaru ini telah berjaya menghantar begitu sahaja banyak ” good feel factors” yang diperkenalkan oleh Kerajaan PH ke dalam longkang. Dengan tiba-tiba, rakyat nampaknya semacam lupa ” the trial of the century” yang melibatkan mantan PM.

Dengan suara sumbang Umno dan Pas makin bertambah bising dan bingit hari ke hari mendendangkan nada dan irama bangsa serta agama, ia berjaya, secara tak langsung, menprovokasi sebahagian elemen di dalam PH dan dan sebahagian NGO.

Bagi berlaku adil, Parti Bersatu, yang merupakan satu-satunya parti berasaskan bangsa melayu di dalam keluarga besar PH, dengan secara tidak sengaja diheret sekali dalam pertandingan suara yang mengerikan ini-siapakah yang lebih kuat suaranya dalam mempertahankan hak dan kepentingan melayu/Islam?. Saya boleh menghargai dilema moral dan kesukaran Parti Bersatu di sini. Saya sesungguhnya percaya Parti Bersatu tidak pernah menyimpan rasa benci ke atas mana-mana bangsa dan agama lain meskipun mereka adalah parti yang berasakan bangsa melayu.

Amat malang dalam proses menunjukkan kekuatan masing-masing dalam” pertandingan tersebut” ada juga elemen di dalam parti Bersatu, dengan secara tidak sengaja dan dengan tanpa niat, nampaknya dengan tanpa kerelaan tergelincir di dalam “naratif yang merosakkan” terbitan Umno/Pas ini.

Pada hemah saya dan dengan penuh rasa hormat yang tinggi, PH tidak perlu sama sekali mengikuti atau meniru naratif bahaya parti pembangkang ini. Sebaliknya, PH harus teguh berdiri kepada prinsipnya yang sedia ada iaitu melaksanakan dan mempromosi keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa, mazhab pemikiran atau agama.

PH sewajarnya menterjemahkan dasarnya yang amat berharga-Islam adalah rahmat untuk semua-ke alam realiti. Naratif baru ini menganjur kesederhanaan dalam maknanya yang sebenar khususnya kesederhanaan dalam segala aspek pemerintahannya.

*Penulis adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Undang-Undang).











Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.