Antara sebab momentum kempen menentang pembinaan Empangan Papar di
Sabah kian perlahan ialah kerana sesetengah penyokongnya dikatakan
semakin berdiam diri selepas menjadi sebahagian daripada kerajaan
negeri.
"Salah satu sebabnya... Sebelum ini ketika kami melawan (projek itu), kita ada ramai penyokong.
"Tetapi
sekarang, apabila ada kerajaan baru, ramai kawan kami telah jadi
sebahagian daripada kerajaan... ada yang bantu kami (dulu) kini telah
jadi menteri (negeri). Mereka telah buat pusingan U dan berdiam diri,"
kata Pengerusi Gerakan Bantahan Empangan Kaiduan/ Papar (Takad) Diana
Sipail.
Beliau berkata demikian di sebuah forum berkenaan
Empangan Papar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor
(KLSCAH) semalam.
Ia
bagi menjawab soalan seorang hadirin berkenaan semangat solidariti
komuniti di Ulu Papar, di mana projek empangan itu akan dibina.
Pada
Oktober lalu, Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan
negeri memutuskan untuk meneruskan pembinaan empantan itu walaupun
terdapat bantahan daripada masyarakat peribumi tempatan.
Kata
Shafie, empangan itu diperlukan untuk membekalkan air kepada penduduk
Sabah yang semakin meningkat, serta untuk industri pelancongannya.
Sementara
itu, masyarakat peribumi di Ulu Papar mengecam kerajaan negeri kerana
tidak menunaikan janji pilihan raya untuk membatalkan projek itu
sebaliknya membuat penjemaan semula.
Selepas menyampaikan memorandum bantahan di Pejabat Perdana Menteri dan beberapa kementerian semalam, Diana memberitahu Malaysiakini bahawa projek Empangan Papar sama seperti projek Empangan Kaiduan yang diumumkan kerajaan negeri terdahulu pada 2008.
Katanya, lokasi dan saiz kedua-dua empangan lebih kurang sama, walaupun namanya berbeza.
Mengulas
lanjut, Diana berkata Takad telah berkempen menentang projek empangan
selama sepuluh tahun dan berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) dan
Warisan pada PRU ke-14 susulan janji untuk membatalkan projek Empangan
Kaiduan.
"Jadi selepas mereka menang dan jadi kerajaan pada Mei
lalu; beberapa bulan kemudian iaitu Ogos, Kementerian Pembangunan
Infrastruktur Sabah mengumumkan projek itu akan diteruskan sebagai
Empangan Papar.
"Ia lokasi sama... Menjejaskan sungai dan orang yang sama, dan tiada perubahan langsung," katanya lagi.
Projek
Empangan Papar yang bernilai RM2 bilion akan melibatkan ketinggian
antara 150 hingga 200 meter dan akan menenggelami kawasan seluas 522
hektar.
Takad membantah projek itu atas sebab ia akan menenggelami
tanah adat dan kampung yang didiami masyarakat peribumi negeri itu,
selain memusnahkan hutan.
Selain itu, Takad berkata lebih 3,000
orang peribumi di daerah Penampang dan Papar perlu berpindah ke kawasan
lain, seterusnya akan mengubah gaya hidup mereka
'Kempen lawan Empangan Papar hilang momentum lepas penyokong sertai k'jaan negeri'
Reviewed by editorreformis
on
September 06, 2019
Rating: 5
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
2489681
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.