Mahu tahu aspirasi dasar pendidikan idaman Maszlee? Tonton filem ‘Raatchasi’
KUALA LUMPUR, 2 Sept — Menteri pendidikan menyifatkan filem Tamil Raatchasi menjadi cerminan hala tuju dasar pendidikan negara yang diidaminya dan beliau Percaya sasaran itu bukan
mustahil dicapai, Maszlee Malik yang menyifatkan plot filem itu “luar
biasa” dengan “watak sempurna” menganggap filem berkenaan menterjemah
aspirasi beliau.
Beliau berkata setiap babak dalam filem itu cerminan
aspirasi pendidikan negara terutama watak pengetua adiwira Geetha Rani
yang membuktikan “perubahan yang besar itu bukanlah mustahil”.
“Banyak sekali dasar dan perubahan yang kita sedang gubal untuk dilaksanakan telah berjaya digambarkan dalam filem ini,” katanya di Twitter hari ini selepas beliau menonton bersama pegawainya kelmarin.
Maszlee
juga mengakui “rasa berbeza menonton sebagai menteri” hingga
menyebabkan sudut pandang beliau terhadap filem tersebut refleks dengan
situasi pendidikan negara.
“Banyak
sekali dasar dan perubahan yang kita sedang gubal untuk dilaksanakan
telah berjaya digambarkan dalam filem ini,” katanya merujuk Program
Sarapan Percuma, isu keciciran dan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan
anak.
“Ini yang sedang kita usahakan. Kita nak pastikan ‘enforcement’ [penguatkuasaan] itu berlaku di semua penjuru agar tak ada lagi kanak-kanak yang tercicir,” katanya.
Menganggap filem itu wajib tonton, beliau berhasrat menjadikan pendidikan sebagai “visi kolektif semua pihak” kerana pendidikan harus berupaya menjadi objektif komuniti setempat dan ia dapat meningkatkan taraf hidup rakyat.
Kenyataan wakil rakyat Simpang Renggam mengundang reaksi positif warga maya terutama mereka yang pernah menonton filem tersebut.
Azimah Aisha: Ya saya amat terkesan sekali dengan jalan cerita. Hasad dengki di kalangan guru, paling ‘deep’ (terkesan) salah satu dialog, ‘Kalau kamu menjadi guru hanya untuk mengajar pelajar pintar sahaja. Kamu tidak layak menjadi guru.’
Echik: Saya telah menonton filem ini seminggu yang lalu, amat berpuas hati dengan moral penguatkuasaan pendidikan.
Kfaidzal: Saya cadangkan supaya Program Sarapan Percuma tu ditaja oleh kompeni/syarikat besar. Ni minta sumbang pada anak syarikat negeri pun ditanya, apa yang sekolah boleh bagi pada kami.
Smarthesis: Saya sudah menonton filem ini walaupun saya bukan seorang pendidik tapi filem ini sarat dgn mesej yang baik dan wajar dicontohi.
Wong Ke Juin: Pendidik sebenar... guru yang sejati mengubah hidup. Mana-mana kerja selagi dilaksanakan dengan sepebuh hati dan ikhlas, beri kesan pada hidup. Tidak kira walau sebesar zarah.
“Banyak sekali dasar dan perubahan yang kita sedang gubal untuk dilaksanakan telah berjaya digambarkan dalam filem ini,” katanya di Twitter hari ini selepas beliau menonton bersama pegawainya kelmarin.
“Ini yang sedang kita usahakan. Kita nak pastikan ‘enforcement’ [penguatkuasaan] itu berlaku di semua penjuru agar tak ada lagi kanak-kanak yang tercicir,” katanya.
Menganggap filem itu wajib tonton, beliau berhasrat menjadikan pendidikan sebagai “visi kolektif semua pihak” kerana pendidikan harus berupaya menjadi objektif komuniti setempat dan ia dapat meningkatkan taraf hidup rakyat.
Kenyataan wakil rakyat Simpang Renggam mengundang reaksi positif warga maya terutama mereka yang pernah menonton filem tersebut.
Alongso 76: Dah tengok dah. Memang sarat dengan mesej. Watak Geetha Rani sebagai pengetua yang dibawa oleh Jyothika sangat mengesankan lebih-lebih lagi ketika part (babak) ayahnya meninggal dunia.Dua bulan lepas filem ini keluar. Semalam saya menontonnya bersama pegawai-pegawai.— Maszlee Malik (@maszlee) September 2, 2019
Filem ini memang wajib tonton. Jalan ceritanya luar biasa. Wataknya sempurna.
Ini adalah bebenang! pic.twitter.com/DfBxW9iYAu
Azimah Aisha: Ya saya amat terkesan sekali dengan jalan cerita. Hasad dengki di kalangan guru, paling ‘deep’ (terkesan) salah satu dialog, ‘Kalau kamu menjadi guru hanya untuk mengajar pelajar pintar sahaja. Kamu tidak layak menjadi guru.’
Echik: Saya telah menonton filem ini seminggu yang lalu, amat berpuas hati dengan moral penguatkuasaan pendidikan.
Kfaidzal: Saya cadangkan supaya Program Sarapan Percuma tu ditaja oleh kompeni/syarikat besar. Ni minta sumbang pada anak syarikat negeri pun ditanya, apa yang sekolah boleh bagi pada kami.
Smarthesis: Saya sudah menonton filem ini walaupun saya bukan seorang pendidik tapi filem ini sarat dgn mesej yang baik dan wajar dicontohi.
Wong Ke Juin: Pendidik sebenar... guru yang sejati mengubah hidup. Mana-mana kerja selagi dilaksanakan dengan sepebuh hati dan ikhlas, beri kesan pada hidup. Tidak kira walau sebesar zarah.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.