Malam Islam Bersatu program ibadah yang tidak sepatutnya dipolitikkan
MELAKA: Penganjuran program
Malam Islam Bersatu Bersama Dr Zakir Naik dijadual Sabtu ini, tidak
sepatutnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana ia adalah program
ibadah keagamaan.
Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata program itu juga bukan sebuah program dianjurkan kerajaan atau parti politik, sebaliknya dianjurkan Masjid Cina Melaka yang dipengerusikannya.

Ketua Polis Melaka Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah pada Isnin dilaporkan sebuah portal sebagai berkata polis tiada halangan terhadap penganjuran program tersebut ini kerana ia hanya melibatkan solat sunat dan tidak melibatkan ceramah oleh pendakwah dari India itu.
"Saya menyeru Umat Islam seluruh negara dan Melaka untuk hadir beramai-ramai ke program ini demi merealisasikan Umat Islam yang lebih bersatu," katanya.
-- BERNAMA
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.