Tunggakan premium tanah di Kedah RM251 juta - Mukhriz
ALOR SETAR: Sejumlah RM251 juta bayaran premium tanah
masih gagal dijelaskan oleh syarikat-syarikat, pemaju, syarikat
berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan di Kedah sehingga kini,
kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Katanya, tunggakan itu membabitkan 480 permohonan yang telah diluluskan oleh pejabat tanah dan galian melalui pemberimilikan tanah yang mana kelulusan itu boleh dibatalkan sekiranya pihak terbabit gagal menjelaskan bayaran premium tersebut.
"Jadi, saya minta Pentadbiran Tanah Negeri Kedah dapat ambil tindakan tegas seperti melucut hak dalam mengurangkan jumlah tunggakan hasil tanah," katanya pada Majlis Penyerahan dan Pelancaran Aplikasi Dashboard Executive Information System (EIS) Kutipan Hasil Tanah Terkini di sini, pada Isnin.
Katanya, kerajaan negeri melalui pejabat tanah juga berdepan tunggakan kutipan cukai tanah oleh syarikat, pemaju dan GLC di mana sehingga kini hanya RM18 juta berjaya dikutip berbanding anggaran kutipan RM70 juta.
Mukhriz berkata, kerajaan negeri telah menyasarkan anggaran Kutipan
Hasil Negeri sebanyak RM710 juta bagi tahun ini dengan lebih separuh
daripadanya iaitu RM426 juta terletak di bawah Pentadbiran Tanah Negeri.
Katanya, daripada anggaran RM426 juta itu, pentadbiran tanah negeri telah berjaya mengutip sebanyak RM290 juta atau 68 peratus setakat ini.
"Bagi Pentadbiran Tanah Negeri Kedah, berbagai-bagai inisiatif perlulah dirangka bagi memperkemaskan lagi mekanisme dan strategi kutipan hasil tanah melalui sumber sedia ada, sama ada dari segi pemberimilikan tanah, kutipan ke atas tunggakan cukai tanah dan juga premium.
"Kita juga perlu mengatasi
ketirisan kutipan hasil negeri dengan meningkatkan aspek pemantauan dan
tindakan penguatkuasaan secara lebih tegas bagi mengurangkan kebocoran
hasil yang sepatutnya diperoleh selain merangka strategi yang
bersesuaian untuk mengenal pasti faktor-faktor menyumbang kepada
kemerosotan kutipan hasil," katanya.
Mengenai aplikasi Dashboard-EIS itu, Mukhriz berkata ia dapat membantu kerajaan negeri mengurus pentadbiran tanah, perancangan pembangunan negeri dengan lebih baik dan terurus sekaligus dapat membantu mencapai sasaran kutipan hasil negeri yang sebelum ini sukar dicapai.
"Melalui aplikasi ini, kita boleh lihat kadar kutipan terkini keseluruhan, kutipan terkini kod hasil, carta kutipan keseluruhan, kutipan tunggakan terkini dan carta kutipan terkini mengikut daerah. Ini penting sebab setiap tahun kerajaan negeri ada sasaran kutipan.
"Sasaran ini jarang dicapai, kadang-kadang hanya 80 peratus atau kurang dari itu. Kita tidak mahu tunggu saat akhir baru nak faham apa masalah dihadapi yang menyebabkan sasaran tidak boleh dicapai, jadi melalui aplikasi ini saya sendiri boleh akses untuk lihat hasil yang telah dikutip," katanya.
-- BERNAMA
Katanya, tunggakan itu membabitkan 480 permohonan yang telah diluluskan oleh pejabat tanah dan galian melalui pemberimilikan tanah yang mana kelulusan itu boleh dibatalkan sekiranya pihak terbabit gagal menjelaskan bayaran premium tersebut.
"Jadi, saya minta Pentadbiran Tanah Negeri Kedah dapat ambil tindakan tegas seperti melucut hak dalam mengurangkan jumlah tunggakan hasil tanah," katanya pada Majlis Penyerahan dan Pelancaran Aplikasi Dashboard Executive Information System (EIS) Kutipan Hasil Tanah Terkini di sini, pada Isnin.
Katanya, kerajaan negeri melalui pejabat tanah juga berdepan tunggakan kutipan cukai tanah oleh syarikat, pemaju dan GLC di mana sehingga kini hanya RM18 juta berjaya dikutip berbanding anggaran kutipan RM70 juta.
Katanya, daripada anggaran RM426 juta itu, pentadbiran tanah negeri telah berjaya mengutip sebanyak RM290 juta atau 68 peratus setakat ini.
"Bagi Pentadbiran Tanah Negeri Kedah, berbagai-bagai inisiatif perlulah dirangka bagi memperkemaskan lagi mekanisme dan strategi kutipan hasil tanah melalui sumber sedia ada, sama ada dari segi pemberimilikan tanah, kutipan ke atas tunggakan cukai tanah dan juga premium.
Mengenai aplikasi Dashboard-EIS itu, Mukhriz berkata ia dapat membantu kerajaan negeri mengurus pentadbiran tanah, perancangan pembangunan negeri dengan lebih baik dan terurus sekaligus dapat membantu mencapai sasaran kutipan hasil negeri yang sebelum ini sukar dicapai.
"Melalui aplikasi ini, kita boleh lihat kadar kutipan terkini keseluruhan, kutipan terkini kod hasil, carta kutipan keseluruhan, kutipan tunggakan terkini dan carta kutipan terkini mengikut daerah. Ini penting sebab setiap tahun kerajaan negeri ada sasaran kutipan.
"Sasaran ini jarang dicapai, kadang-kadang hanya 80 peratus atau kurang dari itu. Kita tidak mahu tunggu saat akhir baru nak faham apa masalah dihadapi yang menyebabkan sasaran tidak boleh dicapai, jadi melalui aplikasi ini saya sendiri boleh akses untuk lihat hasil yang telah dikutip," katanya.
-- BERNAMA
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.