Mansuh skim pencen khianat pada kakitangan awam - MP PKR
Penamatan skim pencen sekiranya dilaksanakan merupakan tindakan zalim
dan pengkhianatan kepada kakitangan awam di negara ini, kata anggota
parlimen Kapar, Abdullah Sani.
"Walaupun sebenarnya ia telah dicadangkan sewaktu pentadbiran BN sebelum ini namun ia tidak patut dibangkitkan sekarang malah perlu dilenyapkan dari agenda kerajaan.
"Maksud penamatan skim ini bukanlah menghentikan pemberian pencen kepada penerima sedia ada, tetapi tiada lagi pengambilan pekerja sektor awam secara tetap dan ia digantikan dengan pengambilan secara kontrak.
"Ini adalah pengkhianatan kepada pekerja sektor awam di bumi Malaysia yang tercinta ini," katanya dalam satu kenyataan.
Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam, Borhan Dolah baru-baru ini berkata kerajaan
mungkin tidak lagi mengambil kakitangan tetap dan berpencen menjelang
2020.
Menurutnya mulai tahun depan, lantikan baru dalam perkhidmatan awam sebaliknya akan digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambah baik.
Skim lantikan kontrak baru itu, yang kini sedang diperhalusi, dikatakan bakal menawarkan gaji lebih menarik serta kebajikan, perlindungan dan jaminan yang lebih baik.
Abdullah bagaimanapun berkata pencen merupakan tanda terima kasih dan penghargaan kepada jasa kakitangan awam yang telah mencurahkan khidmat mereka kepada negara ini.
"Seandainya cadangan ini dianggap sebagai langkah penjimatan belanja mengurus, maka saya dengan tegas katakan dan kerajaan harus ingat ia adalah tindakan yang paling zalim dan saya tidak akan diam membisu seribu bahasa," tegas Abdullah.
Menurutnya lagi beliau akan memastikan pihak yang terbabit menjawab kepada kakitangan di sektor awam.
"Seharusnya rundingan dengan segala pihak yang berkaitan wajib diadakan demi mencapai keputusan yang menjaga semua pihak di samping kebajikan pekerja terbela," katanya.
"Walaupun sebenarnya ia telah dicadangkan sewaktu pentadbiran BN sebelum ini namun ia tidak patut dibangkitkan sekarang malah perlu dilenyapkan dari agenda kerajaan.
"Maksud penamatan skim ini bukanlah menghentikan pemberian pencen kepada penerima sedia ada, tetapi tiada lagi pengambilan pekerja sektor awam secara tetap dan ia digantikan dengan pengambilan secara kontrak.
"Ini adalah pengkhianatan kepada pekerja sektor awam di bumi Malaysia yang tercinta ini," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya mulai tahun depan, lantikan baru dalam perkhidmatan awam sebaliknya akan digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambah baik.
Skim lantikan kontrak baru itu, yang kini sedang diperhalusi, dikatakan bakal menawarkan gaji lebih menarik serta kebajikan, perlindungan dan jaminan yang lebih baik.
Abdullah bagaimanapun berkata pencen merupakan tanda terima kasih dan penghargaan kepada jasa kakitangan awam yang telah mencurahkan khidmat mereka kepada negara ini.
"Seandainya cadangan ini dianggap sebagai langkah penjimatan belanja mengurus, maka saya dengan tegas katakan dan kerajaan harus ingat ia adalah tindakan yang paling zalim dan saya tidak akan diam membisu seribu bahasa," tegas Abdullah.
Menurutnya lagi beliau akan memastikan pihak yang terbabit menjawab kepada kakitangan di sektor awam.
"Seharusnya rundingan dengan segala pihak yang berkaitan wajib diadakan demi mencapai keputusan yang menjaga semua pihak di samping kebajikan pekerja terbela," katanya.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.