https://critoxium.com/shop/

Terkini

Nik Nazmi buat laporan polis

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad membuat laporan polis berhubung video ceramah Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Pokok Sena, Noran Zamini Jamaluddin yang merujuk kepada posting Facebook penganalisis politik Raja Petra Kamaruddin yang dipercayai berbaur fitnah.

Nik Nazmi bersama peguamnya Adi Zulkarnain Zulkafli membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Menurut Nik Nazmi, video berkenaan merujuk kepada satu posting Facebook Raja Petra yang menyatakan atas semangat PKR kenyataan media hari ini menegaskan orang Islam tidak boleh lagi mengatakan hanya al-Quran kitab sebenar.

"Saya tidak pernah cakap (perkara itu) tapi dia (Noran Zamini) merujuk daripada kenyataan media biro politik yang saya bacakan dalam satu sidang media pada 21 Ogos lalu," katanya selepas selesai membuat laporan polis di IPD Dang Wangi hari ini.

Nik Nazmi berkata, pada awalnya dia tidak berhasrat untuk membuat laporan polis tentang perkara ini, namun video semakin tular dan cara Noran Zamini membacakan kenyataan Raja Petra itu seolah-olah kenyataan dari PKR.

"Video itu telah dikongsi begitu banyak maka saya merasakan ini satu tindakan yang memburukkan nama parti dan secara tidak langsung diri saya juga sebab saya yang baca kenyataan itu.

"Saya buat laporan polis, agar satu siasatan tentang perkara itu dapat dilaksanakan," katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.