Nyawa kemerdekaan kita
Oleh
.
Mereka lakukan semua ini demi melihat sebuah negara berdaulat, berdiri megah, bebas dan kelak mengukir nama di persada dunia.
Lumrah
alam manusia punya berbagai cara berfikir mencuba nasibnya di alam
politik. Namun sekiri mana pun atau sekanan mana pun mereka menentang
penjajah, mereka disatukan dengan tekad memerdekakan tanah air.
Negara yang akan mereka bina adalah daya pengikat umpama kutub bumi menghimpunkan segala kekuatan di satu paksi.
Negara
ini dari bergelar Tanah Melayu, Malaya dan kemudian Malaysia terbina
atas kesepakatan yang bercirikan kepelbagaian, sederhana dan demokratik.
Raja sebagai tonggak negara membuka jalan kepada sebuah institusi raja simbol kedaulatan negara dan kesepaduan bangsanya.
Pemimpin datang dan pergi, rakyat menjadi penentu dalam membentuk
kerajaan apakah yang mereka mahu manakala sistem demokrasi berparlimen
menyediakan tapak kebebasan berpolitik.
Dari
Perikatan, Barisan Nasional dan kini Pakatan Harapan adalah hasil
kehendak rakyat dan simbol kebebasan berparti dan kebebasan bersuara.
Malaysia
yang kita tatang dan junjung setelah 62 tahun mencurah kebaktiannya
kepada penghuni bumi bertuah ini tetap menagih janji setia kepada kita
untuk kita peliharanya walaupun ia bermakna jiwa raga menjadi
pertaruhan.
Malaysia
adalah bumi yang ‘bernyawa’ atas kepelbagaian bangsa dan agama,
‘tenaganya’ diserap dengan semangat hormat menghormati di antara
penduduknya manakala kekuatannya untuk kekal remaja pula adalah di atas
ikatan setia setiap penduduknya kepada janji mempertahankan maruah
agama, bangsa dan tanah air.
Saat kita di
ambang kemerdekaan hari ini, marilah kita ingatkan kita semua bahawa,
Malaysia akan ‘mati’ jika perkauman sempit menguasai kita. Malaysia akan
‘lemah dan longlai’ sebelum rebah jika hilang perasaan hormat
menghormati sesama kita dan Malaysia akan ‘reput’ jika kita khianati
ikatan kesetiaan kita dengan kebencian dan permusuhan.
Kini
62 tahun berlalu, berikan nyawa kepada kemerdekaan ini dengan kita
meniupkan roh kesepaduan, segarkan kemerdekaan kita dengan keharmonian
dan remajakan kemerdekaan kita dengan penuh kasih sayang. Tumpahkanlah
kepada kemerdekaan kita perasaan ramah, aman, harmoni, mesra, alami dan
hormat (R.A.H.M.A.H) sesama kita.
Pada
waktu yang sama Malaysia tidak perlukan suara rasis, Malaysia menolak
suara prejudisdan kita hanya mahukan Malaysia tanpa kebencian!
Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih!
Salam Kemerdekaan!
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.