Polis: Kecuaian punca kematian anak AR Badul
KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap insiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang
maut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Rabu lepas
menjurus kepada faktor kecuaian.
Pesuruhjaya Polis Sabah Omar Mammah berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan beberapa individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.
“Setakat ini, siasatan mendapati ia menjurus kepada kecuaian tetapi siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi.
Omar berkata setakat ini 11 individu termasuk anggota tentera yang terbabit dengan insiden tembakan itu dipanggil bagi memberi keterangan.
Khamis lepas, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata polis
sedang menjalankan siasatan penuh berhubung insiden itu termasuk
mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Zahir, 36, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia pada Rabu selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia.
Pesuruhjaya Polis Sabah Omar Mammah berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan beberapa individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.
“Setakat ini, siasatan mendapati ia menjurus kepada kecuaian tetapi siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi.
Omar berkata setakat ini 11 individu termasuk anggota tentera yang terbabit dengan insiden tembakan itu dipanggil bagi memberi keterangan.
Zahir, 36, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia pada Rabu selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.