PETALING JAYA: Seorang aktivis kebudayaan berkata pengajaran jawi merupakan elemen penting dalam evolusi bahasa Melayu.
Pengasas Pusat Kajian dan Dokumentasi Pementasan Tradisional Malaysia
(Pusaka) Eddin Khoo berkata masyarakat masa kini perlu terbuka untuk
mempelajari jawi kerana pengajaran masa kini dianggap terlalu teknikal.
“(Masa ini), tak ada aspek sastera, aspek sejarah dan budaya. Jadi
apabila kita mengajar jawi kita tahu macam mana penulisan bahasa Melayu
dan peralihan daripada jawi.
“Saya sangat sokong, tetapi bagaimana pengajaran jawi ini disampaikan
kepada orang ramai?” katanya ketika diwawancara
Pusaka adalah pertubuhan kebudayaan yang berusaha mendokumentasi dan
menghidupkan kembali seni persembahan dan tradisi kebudayaan tempatan
serta serantau.
Sebelum ini, Dong Zong dan Jiao Zong membantah pengenalan seni khat
dalam silibus bahasa Melayu Tahun 4 bagi semua sekolah, termasuk sekolah
vernakular mulai tahun depan.
Mereka melancarkan petisyen terhadap pengenalan seni khat yang turut
disokong kumpulan pendidikan Tamil berdasarkan “penyelidikan beberapa
cendekiawan dan pakar kesusasteraan” yang menunjukkan seni khat
digunakan sebagai medium untuk menyebarkan Islam. Pengasas Pusaka, Eddin Khoo.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kemudian melabelkan kumpulan pendidikan Cina itu sebagai rasis.
Mengulas lanjut, Eddin berkata penyampaian yang lemah daripada
Kementerian Pendidikan menimbulkan pertikaian beberapa pihak sebelum
ini.
Eddin yang juga pengerusi Pasukan Petugas Dasar Unified Examination
Certificate (PPDUEC) berkata beberapa pihak termasuk Dong Zong
tersinggung dengan cadangan kementerian itu.
“Salah KPM sebab penyampaian kepada orang ramai teruk dan sangat
keliru. Dia (KPM) pun tak faham khat itu apa, jawi itu apa. Sekarang
sudah jadi khat jawi.
“Sebenarnya kita tak boleh ajar khat kalau tak tahu huruf jawi.
“Khat itu adalah bentuk kesenian huruf jawi. Jadi macam mana kita
boleh buat khat kalau kita tak tahu huruf jawi. Kalau nak (belajar)
titik dengan tarik tak perlulah buang masa, nak belajar tentang seni pun
buang masa,” katanya.
Eddin juga berkata isu khat jawi ini menunjukkan betapa kerasnya politik indentiti di negara ini.
Beliau berkata antara kesannya, setiap masyarakat menganggap sesuatu
yang berlaku itu memangsakan mereka dan ini satu tahap psikologi yang
sangat bahaya.
“Orang India, misalnya nak boikot sekolah dan sebagainya. Apahal sebenarnya? Sebab nak Islamkan?
“Ini adalah masalah banyak orang memberi balasan (kenyataan) dengan
tidak ada pengetahuan. Tetapi semua orang ada pendapat,” katanya.
Jawi jadi elemen penting evolusi bahasa Melayu
Reviewed by editorreformis
on
September 10, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Ahmad Musri Sejak qunut nazilah dibaca PN agar Kerajaan Perpaduan dihancurkan, dipecahkan, dihantar anjing², ini apa yang berlaku: 1....
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.