https://critoxium.com/shop/

Terkini

Polis siasat laporan ugutan bunuh wartawan BH

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Polis sedang menyiasat laporan seorang wartawan Berita Harian yang mendakwa beliau diugut bunuh menerusi emel baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Arifai Tarawe ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan daripada wartawan berkenaan kelmarin.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan (membuat ugutan jenayah),” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Chin Sung Chew menuntut supaya polis menjalankan siasatan secepat mungkin terhadap tindakan mengugut bunuh wartawan tersebut.

“NUJ amat prihatin mengenai insiden ini dan akan terus memantau keselamatan wartawan,” katanya. – Bernama

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.