https://critoxium.com/shop/

Terkini

Apa Sebenarnya 'BMF'

Oleh Mohd Sayuti Omar

Sekarang ini dunia riuh "randah" dengan kempen "Buy Muslim First" (BMF). Orang kampung di Kelantan mungkin tidak berapa faham dengan kempen ini. Atau kalau pun diberi penjelasan, kena beli barangan dikeluarkan orang Melayu, mungkin mereka ada faham sedikit.

Bila kempen bermaksud begitu, maka barangan yang dikeluarkan oleh Siam, Cina, India tidak perlu diutamakan. Selepas barangan dibuat oleh orang Melayu tidak ada baharulah boleh beri barang buatan orang bukan Melayu itu. Ertinya ia tidaklah sampai diharamkan tetapi diberikan keutamaan. Bermakna barangan dikeluarkan oleh bukan Muslim itu dibolehkan juga. Guna istilah darurat. 

Di Kelantan ada beberapa barangan dibuat oleh orang Melayu, seperti budu, tuak, parang, golok dan kelewang. Di Selangor, Perak, dan Johor pula barangan yang gerenti Melayu ialah tempe dan tapai. Barangan lain, seperti baju, kenderaan, minuman botal, ubat-ubatan kecuali akar kayu, belum begitu berkembang maju dalam masyarakat Muslim. Ia masih bergantung kepada keluaran orang Cina. Termasuk juga kek secret recipe.

Dalam hal kempen ini saya nampak ia hanya sampah sahaja. Motif disebalik kempen itu bukan untuk menyelamatkan imam orang Melayu agar suci dan bersih daripada memakan dan menggunakan barangan keluaran Melayu sangat, tetapi ia ada motif lain terselindung tetapi nyata. Kerana kalau nak jadi iman kenapa dibolehkan juga beli makanan keluaran bukan Muslim? Patut haramkan terus.

Maknawi di sebalik kempen itu adalah menyuruh orang Melayu mengutama dan memilih parti Melayu. Itu maksudnya. Di sini parti Melayu ialah Umno dan Pam sahaja. Parti-parti lain ia meragukan akan keMelayuannya. Kempen itu ada kena mengena dengan agenda untuk menubuhkan kerajaan tanpa Amanah dan DAP yang sudah dileburkan.

Kempen agar pilih parti Muslim itu, betullah itu. Tetapi bagi mereka yang cerdik, mampu berfikir dan tidak pandir, akan membuat perhitungan dan menilai apalah parti-parti Melayu itu "muslim" suci dan bersih? Umno siapa tidak kenal parti ini diserang oleh Pam sejak berdekad lalu, kerana sifatnya yang sekular. Pam tolak Umno kerana ia tidak menggunakan Quran sebagai perlembagaanya.

Manakala Umno pula serang dan kecam Pam, macam Abu Lahab kecam Nabi Muhammad. Pam menuduhnya sebagai kafir, toghut, sekular dan sebagainya. Jadi melihat kepada kerenah itu dari sudut mana untuk melihat kedua-dua parti itu sebagai Muslim yang perlu diutamakan seperti mana dimaksudkan dengan BMF itu.

Jadi BMF itu hanya karut dan sekali lagi alat untuk mengabui mata Melayu yang kabur dan kemabukan kitab jawi yang sudah lusuh warnanya sahaja. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.