https://critoxium.com/shop/

Terkini

Satu keajaiban Malaysia tidak bankrap akibat 1MDB - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR,  -- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, hampir suatu keajaiban Malaysia tidak bankrap akibat kerosakan yang dilakukan rejim kleptokratik terdahulu, yang menjadikan tabung negara sebagai milik peribadi.

Perdana Menteri berkata, kerosakan tersebut bukan sahaja berkaitan kewangan tetapi juga keinstitusian.

“Salah satu daripada cabaran terbesar selepas menumbangkan rejim kleptokratik itu ialah membersihkan kerosakan yang ditinggalkan dan membina semula negara,” katanya dalam ucaptama pada Persidangan ISIS Praxis, ‘Malaysia Beyond 2020’, di sini.

-- BERNAMA

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.