Dasar Rahmatan Lil Alamin dijangka dilancar tahun hadapan - Mujahid
PUTRAJAYA: Dasar Rahmatan Lil Alamin berteraskan
Maqasid Syariah, dijangka dilancarkan awal tahun hadapan bagi menjadi
dasar pentadbiran Islam yang baharu untuk negara serta bersifat inklusif
terhadap masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Dr Mujahid Yusof.
Beliau berkata pihaknya masih menunggu ulasan daripada empat kementerian yang mempunyai kaitan apabila dasar itu dilaksanakan kelak, sebelum dibawa ke Jemaah Menteri untuk diluluskan.
Empat kementerian itu ialah
Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Pendidikan (MoE), Kementerian
Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam
Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).
"Keperluan untuk ulasan ini bukan apa... contohnya kalau MoF, adakah dasar ini ada implikasi kewangan dan kalau KDN adakah bercanggah dengan apa yang dia buat sekarang dari segi keselamatan negara," katanya kepada media selepas taklimat Kertas Putih Pertahanan dan sesi dialog awam Maqasid Syariah di sini hari ini.
Beliau berkata dasar Rahmatan Lil Alamin itu akan turut diterapkan
dalam semua agensi termasuk kementerian-kementerian, sekolah, penjawat
awam dan badan bukan kerajaan.
"Kita akan bekerjasama, merentasi semua kementerian sehingga dasar itu menjadi dasar yang bukan hanya pentadbiran Islam tetapi semua menerimanya," katanya.
"Kita akan bincang dengan MoE, mungkin dibuat penerapan pada nilai-nilai yang terkandung (dalam dasar Rahmatan Lil Alamin) seperti rahmah, aman, harmoni, mesra dan hormat itu diterapkan dalam kurikulum di sekolah dan pra-sekolah," katanya.
Mengulas isu pemilihan tajuk pada Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 yang didakwa tidak menjaga sensitiviti Islam, Mujahid berkata perkara itu adalah sesuatu yang tidak wajar malah menyalahi konsep debat itu sendiri.
"Bagaimana nak suruh seorang itu berdebat dengan perkara yang pada asalnya bercanggah dengan Islam, kalau membantah sedap juga, kalau menyokong apa dia nak cakap," katanya.
Beliau juga berharap tidak ada lagi pihak yang membawa isu sensitif sedemikian kononnya atas nama keterbukaan.
-- BERNAMA
Beliau berkata pihaknya masih menunggu ulasan daripada empat kementerian yang mempunyai kaitan apabila dasar itu dilaksanakan kelak, sebelum dibawa ke Jemaah Menteri untuk diluluskan.
"Keperluan untuk ulasan ini bukan apa... contohnya kalau MoF, adakah dasar ini ada implikasi kewangan dan kalau KDN adakah bercanggah dengan apa yang dia buat sekarang dari segi keselamatan negara," katanya kepada media selepas taklimat Kertas Putih Pertahanan dan sesi dialog awam Maqasid Syariah di sini hari ini.
"Kita akan bekerjasama, merentasi semua kementerian sehingga dasar itu menjadi dasar yang bukan hanya pentadbiran Islam tetapi semua menerimanya," katanya.
"Kita akan bincang dengan MoE, mungkin dibuat penerapan pada nilai-nilai yang terkandung (dalam dasar Rahmatan Lil Alamin) seperti rahmah, aman, harmoni, mesra dan hormat itu diterapkan dalam kurikulum di sekolah dan pra-sekolah," katanya.
Mengulas isu pemilihan tajuk pada Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 yang didakwa tidak menjaga sensitiviti Islam, Mujahid berkata perkara itu adalah sesuatu yang tidak wajar malah menyalahi konsep debat itu sendiri.
"Bagaimana nak suruh seorang itu berdebat dengan perkara yang pada asalnya bercanggah dengan Islam, kalau membantah sedap juga, kalau menyokong apa dia nak cakap," katanya.
Beliau juga berharap tidak ada lagi pihak yang membawa isu sensitif sedemikian kononnya atas nama keterbukaan.
-- BERNAMA
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.