PKNS sahkan kakitangan maut nahas bas Turki
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang terkorban dalam
kemalangan bas ekspres di Turki pada Rabu disahkan sebagai kakitangan
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
PKNS dalam satu kenyataan memaklumkan Allahyarham Azalan Miswan disahkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.45 pagi waktu Turki.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan 10 penumpang bas yang cedera sedang menerima rawatan di Hospital Afyonkarahisar.
Terdahulu, Wisma Putra
mengesahkan insiden kemalangan membabitkan bas tersebut yang membawa 35
staf PKNS ketika dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia.
Bas tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbalik akibat keadaan jalan yang licin.
PKNS dalam satu kenyataan memaklumkan Allahyarham Azalan Miswan disahkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.45 pagi waktu Turki.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan 10 penumpang bas yang cedera sedang menerima rawatan di Hospital Afyonkarahisar.
Bas tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbalik akibat keadaan jalan yang licin.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.