FELDA berjaya selesai banyak hutang bank
PETALING JAYA: FELDA berjaya menghapuskan kebanyakan hutangnya dengan
pihak bank, menerusi suntikan dana dan jaminan kerajaan berjumlah RM2.5
bilion.
Justeru, Pengarah Besar FELDA, Datuk Dr Othman Omar, berkata agensi itu akan memberi tumpuan meraih lebih banyak tawaran bon bagi melunaskan baki hutangnya yang kini berjumlah kira-kira RM10 bilion, seperti dipersetujui dalam pembentangan kertas putih Ke Arah Kelestarian FELDA di Parlimen, April lalu.
“Kebanyakan pinjaman dengan bank banyak diselesaikan menerusi jaminan kerajaan sebanyak RM2.5 bilion yang baru kita terima kelulusannya.
“Banyak usaha akan dibuat hujung tahun ini dan awal tahun depan bagi meraih tawaran bon untuk membuat pembayaran dan penstrukturan semula pinjaman kita yang ketika ini dalam lingkungan RM10 bilion,” katanya selepas melakukan Lawatan Korporat FELDA ke Sri Pentas di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Bakke Salleh; Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Syed Hussian Aljunid; Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Kamal Khalid; Pengarah Eksekutif Kumpulan MPB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood; Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial MPB, Mustapha Kamil Mohd Janor dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Johan Ishak.
Beliau berkata demikian ketika ditanya perancangan dan sasaran FELDA bagi memulihkan aliran tunainya pada tahun depan, susulan menerima dana RM810 juta menerusi Belanjawan 2020.
Peruntukan itu antaranya merangkumi RM250 juta bagi program meningkatkan pendapatan 11,600 peneroka, RM300 juta untuk hapus kira faedah pinjaman peneroka, RM100 juta bagi bekalan air FELDA, RM70 juta bagi perumahan generasi baharu dan RM90 juta untuk naik taraf jalan serta infrastruktur asas di kawasan FELDA.
Othman menegaskan, peruntukan kepada FELDA dalam Belanjawan 2020 diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, membantu menyelesaikan masalah aliran tunai FELDA, pembayaran hutang dengan bank dan menjalankan program untuk peneroka.
“Sekurang-kurangnya separuh atau lebih 50,000 peneroka akan mendapat hasil daripada penghapusan faedah pinjaman, selain membantu aliran tunai FELDA.
“Beberapa program meningkatkan pendapatan peneroka juga sedang dilaksanakan seperti penternakan arnab yang mendapat sambutan baik peneroka dan generasi baharu, selain diharap mengurangkan kesan negatif penurunan harga minyak sawit ketika ini,” katanya.
Mengulas lawatan korporat FELDA ke Sri Pentas, Othman yakin MPB mampu menyediakan platform untuk FELDA menyampaikan mesej dan maklumat kepada kumpulan sasarnya.
“Kita mahu menyampaikan mesej kepada kumpulan sasar di bandar dan kawasan rancangan kita kerana ketika proses libat urus, ramai peneroka, peneroka ganti dan pentadbir di bandar yang tidak dapat kita hubungi.
“Dengan kerjasama MPB, mungkin kita dapat berhubung dengan mereka ini, sekali gus menyampaikan pesanan dan program kita dengan lebih tepat dan berkesan,” katanya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.