Di Tg Piai pengundi Cina tinggalkan PH dua kali ganda dari kadar di kawasan Melayu
Oleh Nigel Aw
Pilihan raya kecil semalam adalah yang kesembilan dihadapi PH sejak mereka menguasai Putrajaya pada 9 Mei tahun lalu.
Daripada sembilan PRK yang berlangsung, Tanjung Piai menjadi kekalahan keempat gabungan parti kerajaan selepas di kerusi parlimen Cameron Highlands dan kerusi DUN Semenyih serta Rantau.
Dalam semua PRK lalu, sokongan pengundi Melayu kepada BN meningkat ketara manakala dalam kalangan pengundi Cina, kebanyakannya bersifat marginal.
Bagaimanapun di Tanjung Piai, PH berdepan dengan ombak undi protes yang besar daripada pelbagai lapisan masyarakat dengan sebahagian besarnya membabitkan masyarakat Melayu dan Cina.
Hal
itu dapat dilihat ketara di daerah mengundi majoriti (PDM) Cina apabila
peralihan sokongan mereka kepada BN berlaku pada kadar lebih daripada
dua kali ganda berbanding di PDM Melayu.
Keadaan itu menyaksikan PH kalah di semua PDM. Pada PRU tahun lalu PH memenangi 11 daripada 27 PDM yang ada.
Dalam PRK Cameron Highlands dan Semenyih, PH masih mendapat undi mengatasi pembangkang di hampir semua PDM kawasan bandar. Malah di Rantau - yang menjadi kubu kuat BN - PH masih mampu mengekalkan kemenangan di sekurang-kurangnya satu PDM.
Di PDM yang memiliki lebih 80 peratus pengundi Melayu kadar peralihan sokongan kepada BN adalah di antara dua dan 12 peratus, manakala di kawasan sebegitu untuk pengundi Cina, kadarnya ialah antara 27 hingga 38 peratus.
Misalnya
di PDM Pangkalan Raja Pontian, sokongan kepada PH menurun 8.8 peratus -
dari 19.45 peratus kepada hanya 10.65 peratus - dan ia adalah satu
daripada situasi terburuk untuk gabungan parti kerajaan.
Sebaliknya di PDM Pekan Nanas Timur dan Pekan Nanas Selatan sokongan pengundi Cina kepada PH masing-masing menurun 38.01 peratus dan 27.48 peratus.
Sebelum ini di Pekan Nanas Timur 72.15 peratus daripada undi keseluruhan dihalakan kepada PH dan menjadikan ia salah satu PDM yang selamat buat parti kerajaan.
PDM Pekan Nanas Selatan pula, asalnya PH memperoleh sokongan 54.85 peratus. Dengan hanya 27.37 peratus kertas undi diberikan kepada PH, kadar itu adalah lebih rendah berbanding sokongan yang diterima BN pada PRU tahun lalu.
BN mendapat 39.62 peratus undi pada PRU tahun lalu dan semalam 63.37 peratus undi di PDM Pekan Nanas Selatan diberikan kepada gabungan pembangkang.
Peratusan pemilih yang keluar mengundi di PDM majoriti Cina juga lebih rendah berbanding jumlah keseluruhan iaitu 74.5 peratus. Keadaan itu membayangkan ramai daripada pengundi tidak membuang undi, atau pengundi luar tidak pulang untuk mengundi.
Namun
untuk rekod, dengan mengambil kira rasa tidak puas hati pengundi, jika
pengundi luar pulang pun, ia tidak menjadi mereka akan memberikan
sokongan kepada PH.
Satu-satunya situasi yang tidak mengaibkan PH ialah sokongan pengundi pos kepada mereka meningkat, daripada 20.09 peratus pada PRU ke-14 menjadi 36.32 peratus semalam.
Sejak awal PH memang selalu bermasalah untuk mengumpul sokongan dalam kalangan pengundi Melayu di luar Lembah Kelang.
Bagaimanapun pertambahan perlahan - tetapi berterusan - yang diperolehi PH dan dibantu pula sokongan padu pengundi Cina membantu PH mengalahkan BN dalam PRU tahun lalu.
Ketika peratusan kejatuhan sokongan pengundi Melayu di Tanjung Piai dapat dijelaskan dengan kelebihan BN yang memang menguasai kawasan berkenaan, perubahan sikap pengundi Cina pula menarik untuk diperhatikan.
Runtuhnya
sokongan pengundi Cina yang sebelum ini memberikan undi kepada PH
membawa kepada kegagalan parti kerajaan mempertahankan kerusi Tanjung
Piai.
Semalam calon MCA yang mewakili pembangkang, Dr Wee Jeck Seng, menang besar dan kembali menguasai kerusi yang pernah diwakilinya selama dua penggal dengan kelebihan 15,086 undi.
Beliau kalah kepada Allahyarjam Dr Md Farid Md Rafik dengan hanya 524 undi pada tahun lalu.
Dengan memperoleh 25,466 undi, Wee mendapat 65.6 peratus sokongan secara keseluruhan berbanding calon PH, Karmaine Sardini, yang hanya mengumpul 26.7 peratus undi.
Wakil
Gerakan, Wendy Subramaniam, berada di tempat ketiga dengan 1,707 undi,
diikuti Badhrulhisham Abd Aziz (Berjasa) yang mendapat 850 undi, dan
calon bebas - Ang Chuan Lock serta Faridah Aryani Abd Ghaffar -
masing-masing dengan 380 dan 32 undi.
Tidak dapat dipastikan bagaimana peranan PAS memberikan dukungan kepada BN memberi kesan signifikan kepada kemenangan calon BN itu kerana sentimen pengundi Melayu memang merosot sejak PRK sebelum ini.
Ia dikaitkan dengan kurangnya bantuan diberikan kepada segmen luar bandar, selain kebimbangan terhadap isu kaum dan agama.
Mahathir menyatakan
rasa kecewa apabila beliau dilabel rasis kerana hadir di kongres
berkenaan, namun nampaknya kekecewaan pengundi bukan Melayu lebih kepada
ucapan yang diberikan pemimpin Melayu di perhimpunan berkenaan.
Perlu
dinyatakan, program seumpama itu - Kongres Ekonomi Bumiputera - pernah
dianjurkan pada Sept tahun lalu dan turut dihadiri Mahathir serta
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, serta Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Dua kongres itu dibezakan dengan bagaimana naratifnya berlangsung. Kongres pada tahun lalu berkisar mengenai cara meningkatkan taraf hidup bumiputera. Di sebalik sedikit bantahan yang kedengaran, ia berakhir dengan baik.
PRK Port Dickson yang diadakan kira-kira sebulan selepas Kongres Ekonomi Bumiptera menunjukkan PH masih mendapat sokongan meluas daripada pengundi.
Ramai pengundi yang bercakap kepada Malaysiakini juga menyatakan kecenderungan mereka untuk memberikan undi protes kepada PH sebagai satu pengajaran buat kerajaan.
Untuk
menangani rasa tidak puas hati itu, PH menghantar pemimpin kanan mereka
dan merayu berkali-kali agar pengundi tidak memilih wakil rakyat
mengikut emosi.
Pada masa sama mereka meningkatkan serangan kepada MCA dan pada ketika tertentu ia melangkaui batas politik perkauman.
PH kelihatan yakin dengan strategi mereka ketika MCA sulit untuk menangkisnya. Ia ditambah pula dengan kaji selidik PH yang menunjukkan kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada mereka masih terkawal dan mendahului - secara keseluhan - sebanyak sembilan mata.
Di pihak PH pula, kebanyakan pengundi -
termasuk pada hari terakhir kempen - masih belum membuat keputusan
muktamad mengenai undi mereka.
Maksudnya, ketika hadir di ceramah PH, mereka masih berkira-kira untuk memberikan sokongan kepada kerajaan atau pembangkang.
"Memang tahun depan lepas saya ikut orang ramai (sokong PH) tapi kali ni saya kena lebih berhati-hati memilih.
"Jadi saya dengar ceramah kedua-dua pihak untuk buat perbandingan.
"Mahathir sangat anti-Cina. Banyak dasar yang dicadangkan menuju ke satu arah saja dan tak inklusif," kata seorang pengundi kepada Malaysiakini pada di hari terakhir kempen.
Pilihan raya kecil semalam adalah yang kesembilan dihadapi PH sejak mereka menguasai Putrajaya pada 9 Mei tahun lalu.
Daripada sembilan PRK yang berlangsung, Tanjung Piai menjadi kekalahan keempat gabungan parti kerajaan selepas di kerusi parlimen Cameron Highlands dan kerusi DUN Semenyih serta Rantau.
Dalam semua PRK lalu, sokongan pengundi Melayu kepada BN meningkat ketara manakala dalam kalangan pengundi Cina, kebanyakannya bersifat marginal.
Bagaimanapun di Tanjung Piai, PH berdepan dengan ombak undi protes yang besar daripada pelbagai lapisan masyarakat dengan sebahagian besarnya membabitkan masyarakat Melayu dan Cina.
Keadaan itu menyaksikan PH kalah di semua PDM. Pada PRU tahun lalu PH memenangi 11 daripada 27 PDM yang ada.
Dalam PRK Cameron Highlands dan Semenyih, PH masih mendapat undi mengatasi pembangkang di hampir semua PDM kawasan bandar. Malah di Rantau - yang menjadi kubu kuat BN - PH masih mampu mengekalkan kemenangan di sekurang-kurangnya satu PDM.
Di PDM yang memiliki lebih 80 peratus pengundi Melayu kadar peralihan sokongan kepada BN adalah di antara dua dan 12 peratus, manakala di kawasan sebegitu untuk pengundi Cina, kadarnya ialah antara 27 hingga 38 peratus.
Tiada jaminan undi buat PH
Sebaliknya di PDM Pekan Nanas Timur dan Pekan Nanas Selatan sokongan pengundi Cina kepada PH masing-masing menurun 38.01 peratus dan 27.48 peratus.
Sebelum ini di Pekan Nanas Timur 72.15 peratus daripada undi keseluruhan dihalakan kepada PH dan menjadikan ia salah satu PDM yang selamat buat parti kerajaan.
PDM Pekan Nanas Selatan pula, asalnya PH memperoleh sokongan 54.85 peratus. Dengan hanya 27.37 peratus kertas undi diberikan kepada PH, kadar itu adalah lebih rendah berbanding sokongan yang diterima BN pada PRU tahun lalu.
BN mendapat 39.62 peratus undi pada PRU tahun lalu dan semalam 63.37 peratus undi di PDM Pekan Nanas Selatan diberikan kepada gabungan pembangkang.
Peratusan pemilih yang keluar mengundi di PDM majoriti Cina juga lebih rendah berbanding jumlah keseluruhan iaitu 74.5 peratus. Keadaan itu membayangkan ramai daripada pengundi tidak membuang undi, atau pengundi luar tidak pulang untuk mengundi.
Satu-satunya situasi yang tidak mengaibkan PH ialah sokongan pengundi pos kepada mereka meningkat, daripada 20.09 peratus pada PRU ke-14 menjadi 36.32 peratus semalam.
Sejak awal PH memang selalu bermasalah untuk mengumpul sokongan dalam kalangan pengundi Melayu di luar Lembah Kelang.
Bagaimanapun pertambahan perlahan - tetapi berterusan - yang diperolehi PH dan dibantu pula sokongan padu pengundi Cina membantu PH mengalahkan BN dalam PRU tahun lalu.
Ketika peratusan kejatuhan sokongan pengundi Melayu di Tanjung Piai dapat dijelaskan dengan kelebihan BN yang memang menguasai kawasan berkenaan, perubahan sikap pengundi Cina pula menarik untuk diperhatikan.
Kongres Melayu ada kesan
Semalam calon MCA yang mewakili pembangkang, Dr Wee Jeck Seng, menang besar dan kembali menguasai kerusi yang pernah diwakilinya selama dua penggal dengan kelebihan 15,086 undi.
Beliau kalah kepada Allahyarjam Dr Md Farid Md Rafik dengan hanya 524 undi pada tahun lalu.
Dengan memperoleh 25,466 undi, Wee mendapat 65.6 peratus sokongan secara keseluruhan berbanding calon PH, Karmaine Sardini, yang hanya mengumpul 26.7 peratus undi.
Tidak dapat dipastikan bagaimana peranan PAS memberikan dukungan kepada BN memberi kesan signifikan kepada kemenangan calon BN itu kerana sentimen pengundi Melayu memang merosot sejak PRK sebelum ini.
Ia dikaitkan dengan kurangnya bantuan diberikan kepada segmen luar bandar, selain kebimbangan terhadap isu kaum dan agama.
Mengenai
penuruhan sokongan pengundi Cina kepada PH, ia berkait dengan siri
kontroversi membabitkan cara kerajaan menguruskan pelbagai isu seperti
pembelajaran Jawi di sekolah vernakular serta kehadiran Perdana Menteri
Dr Mahathir Mohamad ke Kongres Maruah Melayu.
Dua kongres itu dibezakan dengan bagaimana naratifnya berlangsung. Kongres pada tahun lalu berkisar mengenai cara meningkatkan taraf hidup bumiputera. Di sebalik sedikit bantahan yang kedengaran, ia berakhir dengan baik.
PRK Port Dickson yang diadakan kira-kira sebulan selepas Kongres Ekonomi Bumiptera menunjukkan PH masih mendapat sokongan meluas daripada pengundi.
Penurunan sokongan pengundi
Cina kepada PH dikesan sejak kempen PRK Tanjung Piai bermula. MCA yang
sebelum ini bergelut untuk menarik orang ramai mendengar ceramahnya,
kali ini menikmati sokongan lebih besar berbanding PH.
Pada masa sama mereka meningkatkan serangan kepada MCA dan pada ketika tertentu ia melangkaui batas politik perkauman.
PH kelihatan yakin dengan strategi mereka ketika MCA sulit untuk menangkisnya. Ia ditambah pula dengan kaji selidik PH yang menunjukkan kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada mereka masih terkawal dan mendahului - secara keseluhan - sebanyak sembilan mata.
Maksudnya, ketika hadir di ceramah PH, mereka masih berkira-kira untuk memberikan sokongan kepada kerajaan atau pembangkang.
"Memang tahun depan lepas saya ikut orang ramai (sokong PH) tapi kali ni saya kena lebih berhati-hati memilih.
"Jadi saya dengar ceramah kedua-dua pihak untuk buat perbandingan.
"Mahathir sangat anti-Cina. Banyak dasar yang dicadangkan menuju ke satu arah saja dan tak inklusif," kata seorang pengundi kepada Malaysiakini pada di hari terakhir kempen.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.