https://critoxium.com/shop/

Terkini

Hakikatnya rakyat tidak boleh menunggu dan terus menunggu .



Pertamanya, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada yg telah mengundi PH di Tanjung Piai. Kepada yg tidak mengundi, semoga saudara/ri mengundi PH di dalam PRU hadapan.

Dari sudut Amanah dan pengundi Melayu, saya merasakan Tanjung Piai memberikan peluang dan pembukaan yg besar kpd Amanah. Ini kerana selama ini kami dimomokkan sebagai parti yg tunduk kepada DAP oleh PAS. Namun, dalam PRK Tanjung piai ini, PAS secara terbuka menyokong parti MCA yg jauh lebih extreme berdasarkan kenyataan terbuka pimpinan mereka.

Ertinya, orang Melayu dan Islam dapat melihat sendiri betapa benarnya pendirian Parti Amanah selama ini di dalam menentang PAS. Inshaalah, kekuatan dan sokongan kpd Amanah akan bertambah selepas ini di atas terdedahnya sikap sebenar PAS.

Hakikatnya PAS bukanlah parti yang memperjuangkan islam seperti mana saya menyertainya dahulu.

Adapun kekalahan ini, bagi saya, satu pengajaran berguna yang perlu di fikirkan secara serius oleh semua peringkat di dalam PH sekiranya mahu mengekalkan kerajaan ini.Walaupun saya terdetik juga (bukanlah menampakkan trend yang sebenar. )Kemenangan ini bersifat sementara dan memandangkan kerajaan tidak bertukar, penugndi2 Cina mengambil peluang ini melahirkan rasa tidak puas hati mereka.

Mustahil mereka akan mengundi BN semula selepas ini kerana BN yang sama itu aktif berkempen memboikot perniagaan mereka dan melabelkan mereka sebagai anti Islam dan sebagainya. Juga, adakah pengundi2 Cina akan mengembalikan rejim Kleptokrat kembali memerintah Malaysia?

Sanggupkah pengundi2 CIna di Malaysia duduk di bawah kerajaan pimpinan Najib Tun Razak sekali lagi?

Namun, ia tetap satu kekalahan yg perlu diambil pusing dan kira oleh kepimpinan PH. Saya sayang kan negara ini. Kemenangan yg kita capai dalam pru yang leps hasil perjuangan bukan setahun dua malahan ramai yang telah pergi tanpa sempat melihat kejayaan ini hasil dari pengorbanan mereka.Alangkh rugi dan sia sianya perjuangan mereka dlm kemenangan yg kita kecapi tapi yang terjadi ibarat menyalin kulit mahu lari dari buaya masuk kemulut singa.

Maka akui lah kelemahan dan bertindaklah melakukan perubahan segera demi menyelamatkan negara kembali kepada penguasa durjana. Saya sarankan kepada semua seperti berikut:

1. Kepimpinan negara perlu dirombak segera dan peralihan kuasa kena dilaksanakan segera.

2. Kakitangan kerajaan yg mensabotaj dan menghalang aspirasi kerajaan ph perlu di tukar

3. Aktivis dan pejuang parti di dlm ph perlu ditempatkan segera di posisi lantikan politik dan mengganti kan terus dari yg sedia ada yg masih main wayang dan bermanis muka.

4. Media kerajaan perlu di perkasa

5.Tindakan tegas oleh kerajaan terhadap pemfitnah dan pengadu domba di perkasa termasuk menghadkan kebebasan bersuara melampau.

6. Hentikan politiking

7.Selesaikan atau tumpukan isu utama rakyat seperti ekonomi dan keselamatan.
8.Perkasakan dan aktifkan peranan majlis presiden.

9. Usahkan sedaya upaya realisasikan janji pilihanraya sebaiknya dan usahakan kearah itu dengan lebih serius.

10. Hentikan mengeluarkan idea atau tindakan yg menyusahakn rakyat atau tidak rasional

11. Tingkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat dengan segera.

12. Hentikan politik play save. Yg betul kita teruskan tak betul kita perbetulkan dan akui kekurangan dan kelemahan.Tak jatuh maruah dan martabat kita pun.

Ini sebahagian dari pandangan saya.

 Mohon maaf sekiranya tulisan ini ada yang tersinggung namun hakikatnya rakyat tidak boleh menunggu dan terus menunggu .

Bukti kan kita lebih baik dan cekap dari BN . Kita boleh lakukan sebenarnya.saya sayangkan PH .Hakikatnya banyak kejayaan yang telah di lakukan oleh kerajaan PH tetapi atas kelemahan kita sendiri kebaikan dan kejayaan itu tidak di lihat dan disedari rakyat.

Yg ikhlas mencoret.
Yb Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.