Seteruk-teruk BN tidak pernah kalah seteruk ini
SETELAH bertugas dalam lebih 20 pilihan
raya kecil sepanjang 10 tahun lalu, saya tidak pernah melihat sebuah
parti kalah di semua pusat mengundi dan di hampir semua saluran
mengundi.
Seteruk-teruk Barisan Nasional pun, tidak pernah ia kalah seperti ini.
Salah satu sebabnya mungkin pengundi di Tanjung Piai begitu membenci Pakatan Harapan (PH) sehingga mereka tidak peduli dengan kebangkitan PAS bangkit dan kembalinya Najib Razak. Mungkin juga rakyat Malaysia tidak lagi takut untuk memberitahu kerajaan apa yang mereka fikirkan.
Saya cenderung untuk melihat sebab yang kedua. Kenapa?
Dalam setiap ceramah dan kempen dari pintu ke pintu, pemimpin Pakatan dilayan seperti kawan lama. Orang datang menyapa untuk mengucapkan selamat maju jaya dan bergambar. Pengundi Cina khususnya memenuhi kerusi pada setiap malam untuk mendengar ucapan politik mereka.
Kalau mereka benci, rakyat Malaysia tidak akan peduli untuk datang. Tanyalah mana-mana calon MCA yang pernah bertanding di Seputeh dalam tempoh 20 tahun lalu.
Walaupun sesetengah pengundi telah memanggil mereka sebagai “penipu” kerana gagal memenuhi janji mereka, banyak yang
berkata mereka tidak menentang PH dan benar-benar menyukai parti itu kerana mereka bersih.
Tetapi “suka” saja tidak cukup untuk menghalang mereka daripada mengundi BN. Mereka yang ditemubual percaya PH telah gagal untuk memenuhi harapan dan janji-janji yang dibuat.
Orang Melayu yang berharap untuk kehidupan yang lebih baik berdepan masalah subsidi (nelayan dan petani) mereka dipotong. Mereka yang berada dalam kumpulan B40 pula terpaksa berdepan isu lebih banyak potongan dibuat misalnya Bantuan Sara Hidup. Yang lain pula mengadu anak-anak mereka masih lagi dibebani dengan pinjaman PTPTN.
Orang Cina yang mengharapkan layanan lebih adil memerhatikan kebuntuan isu pengiktirafan ke atas UEC dan kuota masuk matrikulasi. Mereka juga memerhatikan isu potongan peruntukan kepada Kolej Utar, institusi pendidikan yang dekat dengan mereka.
Maka tidak hairanlah apabila yang memilih BN di Tanjung Piai semalam termasuklah mereka yang mengaku penyokong PH.
Hakikatnya, kerajaan sebelum ini jarang menunaikan janji manifesto selepas pilihan raya. Malah ada tiada manifesto sebelum pilihan raya. Tetapi Pakatan ada, dan kerananya serta sebab lain, ia mengalahkan BN.
Melalui manifestonya, Pakatan menjanjikan sebuah Malaysia yang baharu berdasarkan keadilan, kebebasan yang lebih luas dan kehidupan lebih baik.
Bagi pembaharuan undang-undang, Pakatan sudah mengotakan tiga janji utama dengan memastikan mereka yang melanggar undang-undang dihadapkan ke muka pengadilan. Ia juga mengetatkan undang-undang dan bertindak tegas dalam soal rasuah.
Sementara itu, ia juga memberikan kebebasan bersuara yang lebih luas. Sehinggakan, rakyat sudah tidak lagi takut kepada kerajaan sama ada di media sosial mahupun di peti undi.
Menariknya, banyak pengundi yang memperakukan pembaharuan ini.
Namun pembaharuan ini semata-mata tidak boleh mengisi perut atau melunaskan tanggungan mereka, kata sesetengah pengundi.
Oleh itu, Pakatan perlu berfikir jauh untuk melihat bagaimana mereka dapat berbuat lebih banyak untuk memenuhi janji pilihan raya.
Janji tetaplah janji, dan itulah Malaysia Baharu.
EDITORIAL TMI

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.