Keputusan Tanjung Piai tanda rakyat tak gembira, kata pemimpin Pakatan
Oleh
KEPUTUSAN pilihan raya kecil Tanjung Piai menunjukkan betapa rakyat tidak senang dengan langkah pembaharuan kerajaan Pakatan Harapan, kata pemimpin kanan pakatan pemerintah.
Mereka turut berikrar untuk bekerja lebih keras dalam kerajaan susulan kekalahan Pakatan yang kehilangan lebih 15,000 margin undi.
Pemimpin DAP Lim Kit Siang berkata, kekalahan semalam menunjukkan betapa pentingnya untuk menyemak semula janji kerajaan terutamanya yang dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-14.
“DAP dan Pakatan menerima keputusan pengundi Tanjung Piai yang menyuarakan bukan sahaja untuk diri mereka tetapi juga kepada negara mengenai kekecewaan mereka mengenai langkah pembaharuan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei, 2018,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
“Ini akan menjadi agenda utama DAP dan Pakatan Harapan selepas pilihan raya Tanjung Piai.”
“Keputusan yang teruk di Tanjung Piai memperlihatkan perlunya kepentingan dan kesegeraan untuk semakan bagi langkah dan pelaksanaan pembaharuan yang dijanjikan Pakatan Harapan,” kata Lim.
Lim mengetuai jawatankuasa dalam PH bagi menyemak semula janji pilihan rayanya.
Pada pilihan raya semalam, Pakatan hilang kerusi Parlimen Tanjung Piai di Johor kepada Barisan Nasional. PH memenangi kerusi Tanjung Piai pada Pilihan Raya Umum ke 14 pada 2018.
Penganalisis menyifatkan pilihan raya kecil berkenaan, yang diadakan 18 bulan selepas PH memenangi PRU14, sebagai referendum untuk prestasi pakatan dalam kerajaan.
Menurut penganalisis, keputusan itu menunjukkan pengundi yang menyokong PH pada PRU14 telah beralih arah kerana kegagalannya menunaikan janji pilihan raya dan pemotongan bantuan dan program kebajikan kepada orang miskin.
Menurut Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, keputusan itu akan menyemarakkan tekad pakatan untuk bekerja kuat dan lebih bersatu padu.
Mohamad yang juga presiden Amanah berkata, pentadbiran akan terus memperbaiki pemerintahan agar segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan dapat dirasai oleh rakyat.
“Keputusan ini tidak sedikitpun melemahkan semangat kami malah menyemarakkan lagi tekad untuk terus bekerja kuat memberi khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Keputusan ini juga menuntut kerajaan Pakatan Harapan agar terus memperbaiki pemerintahan agar segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan dapat dirasai oleh rakyat.”

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.