Mahathir: Asean perlu tindak satu suara jika mahu dihormati kuasa besar
BANGKOK: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menggesa Asean berdiri
teguh dan bercakap dalam satu suara, terutama apabila berurusan dengan
ekonomi besar, jika mahu muncul sebagai pertubuhan lebih menonjol dan
menegakkan kedudukannya sebagai satu kuasa ekonomi.
Sehubungan itu kata beliau, adalah penting bagi kesemua 10 negara anggota Asean menyatukan seluruh kekuatan apabila mengadakan perundingan kerana ini akan memberi kelebihan kepada pertubuhan serantau ini berbanding jika mereka memasuki perbincangan yang seumpama secara negara individu.
Mengambil contoh minyak sawit yang menghadapi pengharaman daripada Kesatuan Eropah, Mahathir berkata ia satu tindakan untuk sabotaj komoditi itu termasuk dengan menuduh Malaysia menebang hutannya dan memusnahkan habitat alam semula jadi bagi membuka lebih banyak ladang kelapa sawit.
“Tetapi sekiranya anda mengurangkan import minyak sawit dari Malaysia, kita akan mengurangkan sesetengah import dari negara anda,” katanya.
“Jika anda mahu didengari, anda perlulah menjadi paling berkuasa,
kuat atau paling kaya, kalau tidak tiada siapa mendengar anda,” kata
beliau, lapor Bernama.
Mahathir berkata: “Jika kita berfungsi sebagai sebuah pertubuhan serantau, seperti Asean, kita mempunyai ramai orang untuk berdebat bagi memihak kepada kita dalam forum ini dan apabila kita lebih ramai, kita boleh hadiri semua mesyuarat dan menyatakan pandangan kita.”
“Tetapi sekiranya kita bersendirian, jika Thailand pergi bersendirian, ia tidak akan sekuat 10 negara anggota Asean,” kata Mahathir semasa sesi dialog pada Persidangan Perniagaan dan Pelaburan Asean yang diadakan sempena dengan Persidangan Asean ke-35 di sini, hari ini.
Malah kata beliau, adalah juga penting agar semua negara anggota bersetuju terhadap satu keputusan sebelum menghadiri mesyuarat antarabangsa yang seumpama.
“Jadi bersama-sama kita bercakap dalam satu suara dan sebelum menghadiri sebarang perhimpunan antarabangsa, kita perlu membuat keputusan terhadap pendirian kita dan kita perlu mematuhinya.
“Asean perlu mempunyai satu pendirian tunggal dalam semua mesyuarat antarabangsa barulah mereka akan mendengar kita. Asean adalah satu pasaran agak besar untuk seluruh dunia.
“Kita tidak mahu terjerumus dalam perang perdagangan. Tetapi kadangkala jika mereka lakukan sesuatu tidak baik kepada kita, kita terpaksa menjadi tidak baik kepada mereka,” kata beliau lagi.
Mahathir berkata, Asean perlu memanfaatkan sepenuhnya 650 juta penduduknya dan kemajuan teknologi sebagai pemangkin untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di rantau ini
.
Beliau menjelaskan bahawa ini penting memandangkan Asean belum lagi mencapai prestasi yang sepatutnya.
“Kita perlu mengguna sepenuhnya kekuatan kita. Kekuatan kita bergantung kepada pasaran kita. Kita mempunyai pasaran bagi 650 juta orang.
“Apabila ekonomi kita berkembang, kita akan mempunyai suara yang lebih kuat. Kita akan memasuki Revolusi Industri Keempat (IR4.0) dan ini akan membantu kita untuk tumbuh lebih pantas daripada sebelum ini,” katanya.
Perdana menteri berkata, ketika begitu banyak rundingan mengenai pendigitalan baru dan cara baru menjalankan perniagaan bagi mempertingkatkan ekonomi dengan lebih pantas, masyarakat dalam Asean masih tidak menggunakan dengan sepenuhnya cara baharu melakukan perniagaan.
Kata beliau, sekira itu diingini berlaku, negara anggota perlu mendidik rakyatnya mengenai ekonomi pendigitalan dan bagaimana untuk bertindak balas terhadap teknologi baharu itu.
Mahathir berkata, contohnya, China menggunakan teknologi komunikasinya untuk membeli dan menjual produknya.
“Mereka menjual lebih banyak (produk) kerana mereka mempunyai pasaran domestik yang bagus. Kita juga mempunyai pasaran domestik yang bagus tetapi orang kita tidak ditingkatkan dengan teknologi baharu.
“Oleh itu, kita perlu mewujudkan kesedaran bagi memastikan teknologi dapat memperbaiki kehidupan mereka. Mereka yang menjalankan perniagaan perlu menggunakan pendigitalan dan peralatan untuk berkomunikasi dan melakukan perniagaan yang lebih besar,” katanya.
Persidangan Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ABIS) adalah platform kepada kerajaan dan sektor bagi negara anggota ASEAN untuk mempamerkan peluang perniagaan, mewujudkan kesedaran yang lebih terhadap kemunculan IR4.0 dalam pelbagai dimensi infrastruktur digital, perhubungan digital, dan tenaga kerja digital.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.