Mengapa MCA, bukan Umno di Tg Piai?
Oleh Mohamed Khaled Nordin
BN membuat keputusan untuk meletakkan calon MCA bagi PRK Tanjung Piai. Ramai yang mempertikaikan keputusan ini. Sama ada ia adalah keputusan terbaik dan betul atau tidak, ia adalah keputusan yang mesti kita hormati.
Apa yang paling penting ialah, satu keputusan telah dibuat dan natijah daripada keputusan itu bergantung kepada usaha kita untuk menentukan kejayaan atau kegagalannya.
Saya mempunyai beberapa sebab untuk mempertahankan keputusan itu.
Pertama, Tanjung Piai bukan medan terakhir untuk Umno. Umno tidak akan mati hanya dek kerana ia tidak bertanding di Tanjung Piai.
Strategi
Umno untuk memerintah semula adalah lebih besar dan kompleks, serta
bukan diukur hanya dengan satu lagi kemenangan di Tanjung Piai.
Yakinlah, Umno punya pelbagai medan lain untuk mempamerkan kehandalannya. Maka bersabarlah untuk kemenangan dalam pertempuran yang lebih hebat dan besar.
Kedua, Umno dan PAS adalah gabungan yang sangat formidable (menggerunkan). Namun, realiti politik di Malaysia ini tidak boleh dipisahkan daripada kemajmukan demografinya.
Undi Melayu sahaja tidak akan menjadikan kuasa politik Melayu itu unggul. Kemenangan kita mestilah kemenangan untuk semua dan oleh semua. Maknanya kita memerlukan sokongan pelbagai kaum.
Umno
dan PAS itu berdua, dan berdua selamanya. Namun berdua sahaja tidak
memadai dalam politik Malaysia. Kita mesti bertiga, berempat dan
beramai-ramai.
Lalu memberikan laluan kepada MCA adalah untuk menjadikan Umno dan PAS dan MCA itu bertiga, dan bertiga selamanya dalam meraih kemenangan di hari muka.
Ketiga, Umno membuktikan ia terus relevan melalui pelbagai kemenangan lepas. Tiba masanya untuk MCA pula membuktikan ia masih lagi ampuh.
Umno dan PAS memberikan ruang di Tanjung Piai ini untuk MCA membuktikan ia masih punya hayat di persada politik Malaysia.
Jika MCA gagal di Tanjung Piai, maka MCA mesti memikirkan jalan hadapan kelangsungannya. Apalagi apabila ia bertanding di saat wibawa kerajaan PH itu berada pada tahap yang sangat rendah dan menyusut drastik.
MCA mesti menggunakan segala peluang di Tanjung Piai untuk membuktikan bahawa orang Cina sudah mula kembali kepadanya.
Tiada
lagi alasan bahawa Tanjung Piai adalah tentang kerusi tradisi atau
menyelamatkan maruah dan air muka tokoh tertentu. Ia mesti tentang
kekuatan sebenar.
Dan MCA mesti membuktikan kekuatan sebenarnya di Tanjung Piai.
Keempat, dalam politik, aspirasi kita mesti diimbangi dengan hakikat yang nyata. Hakikat yang nyata dalam percaturan politik ialah, yang terkuat tidak harus menguasai semua. Tetapi harus memimpin semua dengan bertanggungjawab.
Yang lemah harus dibantu kerana apabila yang lemah itu juga jadi kuat, maka yang kuat itu akan menjadi semakin unggul. Jangan lupa, bahawa saling membantu demi menguatkan kesemua itu amalan politik bertanggungjawab.
Umno
dan PAS tidak perlu bertanding di semua kerusi untuk membuktikan ia
gagah. Umno dan PAS mesti memimpin dengan rasa tanggungjawab bagi
membangunkan sinergi pelbagai aktor politik lain untuk membuktikan ia
adalah ketumbukan politik yang kuat.
Apabila Umno dan PAS membantu MCA - dan memenangkan MCA - maka yang menang bukan MCA, tetapi Umno, PAS dan MCA, iaitu semua sekali.
Malah ia akan menjadi kemenangan berganda untuk Umno dan PAS. Pertama, kerana ia memberikan ruang untuk MCA demi kesepakatan BN. Kedua, kerana tanpa Umno dan PAS, tidak mungkin MCA akan berjaya. Dan ketiga, kerana Umno dan PAS bertanggungjawab dalam tindakannya, mengiktiraf rakan dan mendorongnya untuk berjaya, dengan kerjasama ampuh.
Kepada semua penyokong Umno dan orang Melayu, musuh kita bukan MCA. Musuh kita adalah PH. Lalu jangan kita tewas sebelum bertempur kerana konflik sesama kita.
Kita mesti menang dalam persaingan kita dengan PH.
Tidak menyokong MCA akan merugikan Umno dan PAS dalam jangka masa pendek dan panjang. Memenangkan PH pula akan memberikan hayat kepada Bersatu.
Lalu pilihan kita hanya satu: mematikan Bersatu di Tanjung Piai walau siapa pun wakil kita. Yang penting ialah, panglimanya masih Umno dan PAS.
Akhirnya, jangan kita lupa bahawa kemenangan adalah tentang kerja keras. Kerja keras kita di Tanjung Piai bukan sekadar untuk memenangkan Umno, PAS dan MCA, tetapi yang lebih utama ialah memenangkan demokrasi.
Maka bekerja keraslah kita untuk Tanjung Pai kerana itulah sunnah orang berjuang. Mereka yang tidak putus asa, yang tekun, yang bersunguh-sungguh, pasti akan meraih kejayaan jua insya-Allah.
MOHAMED KHALED NORDIN ialah naib presiden Umno dan bekas Menteri Besar Johor.
BN membuat keputusan untuk meletakkan calon MCA bagi PRK Tanjung Piai. Ramai yang mempertikaikan keputusan ini. Sama ada ia adalah keputusan terbaik dan betul atau tidak, ia adalah keputusan yang mesti kita hormati.
Apa yang paling penting ialah, satu keputusan telah dibuat dan natijah daripada keputusan itu bergantung kepada usaha kita untuk menentukan kejayaan atau kegagalannya.
Saya mempunyai beberapa sebab untuk mempertahankan keputusan itu.
Pertama, Tanjung Piai bukan medan terakhir untuk Umno. Umno tidak akan mati hanya dek kerana ia tidak bertanding di Tanjung Piai.
Yakinlah, Umno punya pelbagai medan lain untuk mempamerkan kehandalannya. Maka bersabarlah untuk kemenangan dalam pertempuran yang lebih hebat dan besar.
Kedua, Umno dan PAS adalah gabungan yang sangat formidable (menggerunkan). Namun, realiti politik di Malaysia ini tidak boleh dipisahkan daripada kemajmukan demografinya.
Undi Melayu sahaja tidak akan menjadikan kuasa politik Melayu itu unggul. Kemenangan kita mestilah kemenangan untuk semua dan oleh semua. Maknanya kita memerlukan sokongan pelbagai kaum.
Tiada alasan lagi
Lalu memberikan laluan kepada MCA adalah untuk menjadikan Umno dan PAS dan MCA itu bertiga, dan bertiga selamanya dalam meraih kemenangan di hari muka.
Ketiga, Umno membuktikan ia terus relevan melalui pelbagai kemenangan lepas. Tiba masanya untuk MCA pula membuktikan ia masih lagi ampuh.
Umno dan PAS memberikan ruang di Tanjung Piai ini untuk MCA membuktikan ia masih punya hayat di persada politik Malaysia.
Jika MCA gagal di Tanjung Piai, maka MCA mesti memikirkan jalan hadapan kelangsungannya. Apalagi apabila ia bertanding di saat wibawa kerajaan PH itu berada pada tahap yang sangat rendah dan menyusut drastik.
MCA mesti menggunakan segala peluang di Tanjung Piai untuk membuktikan bahawa orang Cina sudah mula kembali kepadanya.
Dan MCA mesti membuktikan kekuatan sebenarnya di Tanjung Piai.
Keempat, dalam politik, aspirasi kita mesti diimbangi dengan hakikat yang nyata. Hakikat yang nyata dalam percaturan politik ialah, yang terkuat tidak harus menguasai semua. Tetapi harus memimpin semua dengan bertanggungjawab.
Yang lemah harus dibantu kerana apabila yang lemah itu juga jadi kuat, maka yang kuat itu akan menjadi semakin unggul. Jangan lupa, bahawa saling membantu demi menguatkan kesemua itu amalan politik bertanggungjawab.
Panglima tetap Umno dan PAS
Apabila Umno dan PAS membantu MCA - dan memenangkan MCA - maka yang menang bukan MCA, tetapi Umno, PAS dan MCA, iaitu semua sekali.
Malah ia akan menjadi kemenangan berganda untuk Umno dan PAS. Pertama, kerana ia memberikan ruang untuk MCA demi kesepakatan BN. Kedua, kerana tanpa Umno dan PAS, tidak mungkin MCA akan berjaya. Dan ketiga, kerana Umno dan PAS bertanggungjawab dalam tindakannya, mengiktiraf rakan dan mendorongnya untuk berjaya, dengan kerjasama ampuh.
Kepada semua penyokong Umno dan orang Melayu, musuh kita bukan MCA. Musuh kita adalah PH. Lalu jangan kita tewas sebelum bertempur kerana konflik sesama kita.
Kita mesti menang dalam persaingan kita dengan PH.
Tidak menyokong MCA akan merugikan Umno dan PAS dalam jangka masa pendek dan panjang. Memenangkan PH pula akan memberikan hayat kepada Bersatu.
Lalu pilihan kita hanya satu: mematikan Bersatu di Tanjung Piai walau siapa pun wakil kita. Yang penting ialah, panglimanya masih Umno dan PAS.
Akhirnya, jangan kita lupa bahawa kemenangan adalah tentang kerja keras. Kerja keras kita di Tanjung Piai bukan sekadar untuk memenangkan Umno, PAS dan MCA, tetapi yang lebih utama ialah memenangkan demokrasi.
Maka bekerja keraslah kita untuk Tanjung Pai kerana itulah sunnah orang berjuang. Mereka yang tidak putus asa, yang tekun, yang bersunguh-sungguh, pasti akan meraih kejayaan jua insya-Allah.
MOHAMED KHALED NORDIN ialah naib presiden Umno dan bekas Menteri Besar Johor.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.